Artikel Pilihan

HONDA CITY 1.0L VTEC TURBO 2020 NKGARAGE – MERECIK HABIS

Honda City baru belum lagi dilancarkan di Malaysia tetapi ia sudah mula dijual di pasaran negara jiran kita, Thailand. NKGarage, sebuah syarikat yang sinonim dengan jenama Honda di Thailand telah mengeluarkan kita badan khusus bagi mereka yang ingin menyolek dan taraf Honda City keluaran 2020 yang bakal dilancarkan tahun ini.

Mana yang dah merancang nak beli tu bolehlah ambil idea untuk modifikasi kat sini. Yang tak nak beli tu jangan nak kutuk lebih-lebih okey.

Mereka turut menyediakan sebuah model contoh yang diasaskan daripada varian teratas iaitu City 1.0L VTEC Turbo RS dan hasilnya memang akan menggetarkan tulang rusuk abang-abang dan akak-akak H.

NKGarage dalam laman FB mereka menyatakan yang semua komponen kit badan keluaran mereka sudah boleh didapati dengan harga yang pelbagai. Penutup bonet yang dihasilkan daripada gentian karbon berharga RM1,993, skirting sisi RM1,860, lip hadapan RM1,182 dan vortex generator ala Type R ataupun Lancer EVO berharga RM1,129. Kenapa mahal sangat? Sebab kesemuanya dihasilkan daripada serat karbon dan bukannya serat kaca seperti aksesori murahan okey.

Tak cukup lagi? Kalau tak cukup lagi NKGarage turut menawarkan spoiler belakang, rear lip spoiler dan penutup cermin sisi. Kesemuanya juga dihasilkan daripada serat karbon.

Kesemua komponen di atas akan menaikkan lagi seri penampilan Honda City baru sebaik dilancarkan nanti. Tapi jika anda ingin maju setapak lagi, mungkin Honda City NKGarage ini boleh dijadikan rujukan.

City RS berwarna hitam ini turut dilengkapkan dengan aksesori tambahan lain yang memberikan efek yang berbeza antaranya ialah sistem ekzos yang baru sepenuhnya rekaan JTCTitanium. Bukan hanya menghasilkan deruman yang berbeza malah City ini kini kelihatan lebih tegap menggunakan rim Volk Racing 15 inci TE 37 yang kemudiannya di balut dengan tayar-tayar Toyo Proxes R888 R dan direndahkan sedikit.

Melengkapkan lagi proses mofikasi ialah sepasang tempat duduk Recaro Sportster CS yang berwarna merah bagi menggantikan tempat duduk asal.

Bahagian enjin bagaimanapun masih belum disentuh dan dikekalkan sebagaimana sewaktu ia keluar dari kilang. Ini bermakna enjin 1.0L 3-selinder turbo ini masih mempunyai 120 hp kuasa maksima. Ia menggunakan pacuan hadapan dan di Thailand ia dilengkapkan dengan sistem transmisi CVT 7-kelajuan.

Tags
Google ads
Back to top button