Buletin

BATMOBILE DITUNDA POLIS DI MOSCOW

Impian seorang lelaki yang berangan menjadi adiwira terkubur apabila polis menahannya kerana memandu sebuah replika Batmobile di Moscow, Rusia.

Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Moscow, kereta itu terlalu lebar untuk jalan raya awam dan tidak selamat untuk dipandu. Polis memberitahu pemandu berusia 32 tahun yang tidak didedahkan namanya itu akan didakwa kerana melanggar peraturan lalu lintas.

Batmobile itu ditahan pada Sabtu lalu di barat Moscow, sebelum dibalut dengan plastik hitam dan ditunda polis. Ia merupakan replika yang meniru rekaan Batmobile daripada filem Batman v Superman: Dawn of Justice.

Replika tersebut cubadijual oleh pemiliknya pada harga 55 juta rouble (RM3.5 juta). Menurut laporan Auto.Ru ia telahpun dijual tanpa menjelaskan berapakah harganya.

Tags
Google ads
Back to top button