
HONDA CITY DILANCARKAN DI THAILAND
Selepas melakukan debut di pasaran India pada 7 Januari lalu, sedan segmen B Honda City serba baharu diperkenalkan pula di Thailand.
Pengguna di negara jiran itu ditawarkan dengan enam varian City pada harga bermula 550,000 baht (RM55,696) seunit. Enam varian dan harga Honda City di Thailand adalah seperti berikut:
|
VARIAN |
HARGA |
| Honda City S MT |
550,000 baht (RM55,650) |
| Honda City S AT |
589,000 baht (RM59,674) |
| Honda City V |
649,000 baht (RM65,753) |
| Honda City V+ |
689,000 baht (RM69,806) |
| Honda City SV |
734,000 baht (RM74,365) |
| Honda City SV+ |
749,000 baht (RM75,882) |
Semua varian ini dijana oleh unit enjin i-VTEC bersesaran 1.5 liter. Enjin berkuasa 117hp dan tork 146Nm itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau CVT tujuh kelajuan. Transmisi CVT itu menggantikan kotak gear jenis torque converter yang digunakan pada model sekarang.
Apa yang lebih menarik, Honda City didatangkan dengan sistem brek ABS, VSA, Hill Start Assist dan Emergency Stop Signal sebagai ciri standard. Spesifikasi keselamatan pada varian V+ dan SV+ pula ditambah dengan beg udara sisi serta kamera pandang belakang.
Ruang kabin City kini juga lebih menarik dan mewah menerusi aplikasi sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan banyak lagi.
Saya yakin, ramai yang menunggu Honda Malaysia melancarkan model ini ke pasaran tempatan. Tunggu, tak lama dah…










