“TOYOL INSIDE”, PROTON SATRIA GTI – BEST KE KERETA NI?
Sama ada kita sedar atau tidak, teknologi moden sebenarnya membolehkan kereta yang dimodifikasi menjadi lebih laju atau dengan kata lebih tepat – sangat laju.
Enjin 2,000cc zaman P Ramlee dulu paling laju pun mungkin 180km/j sahaja. Sekarang, laju macam itu Perodua Kancil standard pun boleh dapat. Jadi, agak-agak berapa laju kereta Satria Gti ini boleh pecut?
Gti. Hmmmm. Kereta memang mempunyai kerangka yang solid. Tinggal pilih sahaja enjin apa yang nak digunakan. Pada sesiapa yang rasa nak main kereta Proton-Mitsubishi yang laju, saya sangat cadangkan Proton Satria Gti atau Proton lagi Putra.
BACA: PROTON SATRIA GTi MALAYSIA MUSCLE
Chasis memang sedap betul. Malah kalau dipandu di atas trek, sebuah Gti standard rasa sangat rigid dan senang keluar-masuk selekoh berbanding Satria 1.3 dengan enjin GSR. Hakikatnya, chasis C99 memang dibuat dengan weld spot yang lebih banyak berbanding varian chasis buatan Proton yang lain.
Pemilik kereta ini namanya Haji Din. Pada awalnya dia telah pergi bengkel lain, tetapi duit banyak habis dan kereta tak laju mana. Dia pun kecewa dan bertemu dengan seorang pemilik bengkel, Ismail Ahmad. Ismail memang pantang betul tengok kereta tak laju masuk bengkel dia. Asal masuk bengkel je nak kasi laju, asal nak laju je masuk bengkel. Jadi, Ismail pun racun masuk enjin VR4.
VR4 ialah enjin yang kena sembah kalau jumpa. Walaupun statusnya enjin purba, asas kepada 4G63 yang laju semua itu bermula dari sini. Dalam banyak aspek, blok VR4 memang tahan lasak. Selepas siap masuk enjin, bermulalah modifikasi sana-sini nak kasi power.
Kepala selinder telah dibuat port dan polish. Di bahagian ini dipasangkan dengan aci sesondol Tomei 270. Injap spring dan retainer juga jenama Tomei. Bahagian blok pula dipasangkan dengan piston CP bersaiz 87mm.
Seterusnya ialah Turbin Garret AR70, manifold banana dan intercooler piping yang dicustomkan oleh BME racing. Wastegate turbosmart 45 mm dipasang bersamanya oil catch tank GME. Injektor sekarang berkapasiti 1050cc yang ditambah dengan fuel pump Walbro.
Bila dah kuat begitu, mounting enjin Cusco digunakan. Mana tak bergegar dia punya paip ekzos pun tiga inci straight flow. Akhir sekali, komputer Microtech LT10S dipasang dan ditala. Boost 1.2 bar, 340hp dengan 41 tork.
Kotak gear kereta dipasangkan dengan 4WD lock jadi 2WD. Klac yang disyorkan ialah Triniti. Dia memang tak percaya dengan klac Ogura ke Exedy yang mahal tu. Prinsip Ismail, asal gear boleh gigit, tak slip, maknanya klac tu boleh pakai lah.
Menyentuh bab suspensi pula, kereta ini dipasangkan dengan suspensi boleh laras Titan. Setakat yang saya tahu, suspensi made in Pandan Indah ini memang bagus. Bukan sahaja dari segi produk, malah servis lepas jualannya. Seterusnya ialah brek yang disalin dari brek Evo.
Modifikasi Gti seterusnya ialah rim. Regamaster 16 inci ini bukan setakat cun, malah susah nak cari dengan spec yang betul. Rim ni dipasangkan dengan tayar Toyo R888 bersaiz 205/55 di segenap sudut.
Bahagian dalaman kereta hanya menggunakan papan pemuka Gti standard. Turut dipasang dalam kokpit kereta ialah Turbo timer Apexi, meter defi, shift light Auto Meter, APEXi RSM black edition, seat bride low max, steering Momo Evo 4, short shifter Ralliart, gear knob R3, karpet R3 dan akhir sekali head unit Sony.
Bahagian luar ialah bonet Evo depan dengan ventilate Evo. Bumper belakang tu rekaan Promania agar lebih aerodinamik.
SPESIFIKASI
- Model: Proton Satria Gti
- Enjin: 4G63 VR4, head port n polish, piston CP 87mm, cam tomei 270, valve spring, retainer tomei, turbine AR70 Garret, manifold banana dan intercooler piping, Wastegate turbosmart 45 mm, oil catch tank by GME. Injektor 1050cc, Mounting enjin Cusco, Fuel pump Walbro, Microtech LT10S
- Transmisi: Klac set Triniti.
- Suspensi: Titan + Pillar mount titan
- Brek: Evo III depan belakang
- Rim: Regamaster 16 inci
- Tayar: Toyo R888 205/55/16
- Dalaman: Turbo timer Apexi, meter defi, shift light auto meter, APEXi RSM black edition, seat bride low max, , steering momo Evo 4, short shifter Ralliart, gear knob r3, karpet R3, player Sony
- Luaran: Bodykit Gti, bonet Evo Bumper dan bampar oleh Promania
BACA: SATRIA BAJA MERAH KUASA EVO
GALERI