Buletin

HONDA CIVIC TYPE R 400BHP, 500NM DAN BOLEH DIBELI!

Sebelum ini popular berita tentang sebuah Honda Civic Type R yang tampil dengan konsep ubahsuai kembara safari.

Unit khas yang dikenali sebagai Civic Type OveRland itu dibina oleh Ralph Hosier Engineering untuk dipamerkan pada acara SMMT Test Day di United Kingdom.

SMMT Test Day adalah acara tahunan yang melibatkan lebih daripada 300 jurnalis memandu uji pelbagai model daripada pengeluar.

Pada acara tersebut terdapat sebuah lagi Civic Type R yang hebat tetapi kurang mendapat liputan meluas.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Team Dynamics Motorsport mempamerkan Civic Type R dengan ubahsuai yang berjaya melonjakkan kuasa asal kepada 400 bhp dan 500 Nm.

Team Dynamics Motorsport bukan calang-calang, mereka ialah pasukan di sebalik Halfords Yuasa Racing atau turut dikenali sebagai Honda British Touring Car Championship.

Ubahsuai yang dibuat pula hasil penggunaan banyak komponen berprestasi seperti berikut:

  • ECU Superchips
  • Sistem induksi ITG
  • Intercooler PWR
  • Catalytic Dream dan ekzos Scorpion
  • Hos brek braided Goodridge
  • Spring Eibach Pro
  • Lengan camber dan palang anti oleng boleh laras
  • Tayar Dunlop DZ03G dengan roda perlumbaan 19 inci  Pro Race Team Dynamics

Melihat kepada ubahsuai yang dibuat tidak sangka kuasa Civic Type R boleh dinaikkan dengan begitu tinggi sekali.

Pengurus Pasukan Team Dynamics, James Rodgers berkata: “Kami sudah biasa dengan kereta lumba FK8, namun kami mahu menunjukkan apa yang boleh diekstrak dengan sedikit perubahan ringan sahaja”

“Kereta standard Civic Type R yang kami panggil sebagai kereta lumba untuk jalanan sangat bagus sehingga tidak perlu banyak usaha pun untuk meningkatkannya ke tahap baharu.”

Satu berita gembira ialah Team Dynamics mengatakan tiada perancangan untuk model ini dikeluarkan tetapi mereka boleh membina unit one-off kepada pelanggan yang berhajat.

Fuh! Ada siapa-siapa yang mahukan Civic Type R 400 bhp dan 500 nm?

Tags
Google ads
Back to top button