,
Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R SERBA BAHARU

Honda mengujakan dunia automotif apabila mendedahkan foto Civic Type-R serba baharu.

Honda-Civic-Type-R-2015-mekanika (2)

Hot hatch itu dijangka mula dijual di pasaran United Kingdom tahun depan. Ia dikatakan sebagai model Type-R paling berprestasi tinggi dalam sejarah 22 tahun Honda menghasilkan jentera sebegini.

Pengenalan jentera terbaharu itu turut menandakan era baharu buat Honda. Civic Type-R  dikuasakan oleh unit enjin 2.0 liter i-VTEC turbo daripada keluarga enjin Earth Dreams Technology. Ia mampu menjana kuasa sehingga 280PS. Biarpun begitu, model tersebut masih dapat mematuhi piawaian emisi Euro 6.

Honda-Civic-Type-R-2015-mekanika (3)

Sama seperti model terdahulu, enjin itu akan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

“Honda mempunyai empat model Type-R iaitu Civic, Integra, Accord and NSX. Model ini mengatasi semua model tersebut dari segi kuasa, tork dan maklum balas enjin. Bukan itu sahaja, Civic Type-R turut dilengkapi pelbagai inovasi kejuruteraan terbaik Honda,” kata Ketua Projek Civic Type-R dari Honda R&D, Suehiro Hasshi.

Honda-Civic-Type-R-2015-mekanika (1)

Antara inovasi yang dimaksudkan ialah butang ‘+R’. Terletak di bahagian sisi stereng, ia akan menawarkan pengalaman pemanduan yang amat mengujakan. Sebaik sahaja butang ini ditekan, maklum balas enjin akan ditingkatkan. Pemetaan kuasa tork juga menjadi lebih agresif, menjadikannya cukup ideal untuk dipandu di atas litar.

Dibangunkan dan dijurutera untuk pemandu di pasaran Eropah, Honda Civic Type-R bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Paris Motor Show 2014 yang membuka tirainya pada minggu ini.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button