,
Buletin

MAZDA BUKA PUSAT 3S DI SETIA ALAM

Bermaz Motor baru-baru ini membuka sebuah pusat 3S di Setia Alam. 

Mazda-3S-Setia-Alam-mekanika (1)

Kemudahan yang menawarkan perkhidmatan penuh seperti jualan, servis dan alat ganti itu merupakan bilik pameran ke-60 Mazda di seluruh negara.

Melibatkan ruang seluas 15,600 kaki persegi, pusat 3S itu bukan sahaja mempamerkan barisan model popular Mazda, malah turut dilengkapi ruang servis dan alat ganti. Para pemilik kenderaan Mazda boleh berehat di lounge yang lengkap dengan televisyen, askes Wi-Fi dan minuman percuma sementara menunggu kereta mereka diservis.

Mazda-3S-Setia-Alam-mekanika (4)

Kedudukan Bermaz Motor yang merupakan pemegang francais dan pengedar eksklusif kenderaan jenama Mazda di Malaysia dilihat semakin kukuh. Jualannya naik mendadak dari hanya 600 unit ketika ia baru ditubuhkan pada tahun 2008 kepada 10,000 unit tahun lalu.

Kejayaan itu banyak disumbangkan oleh teknologi SKYACTIV yang mula diperkenalkan pada tahun 2011. Teknologi revolusionari itu membolehkan kenderaan yang menjimatkan tenaga dan mesra alam dihasilkan tanpa perlu mengorbankan  prestasi pemanduan.

Mazda-3S-Setia-Alam-mekanika (7)

Teknologi SKYACTIV disempurnakan dengan bahasa rekaan KODO Mazda yang terbukti menerima maklum balas memberangsangkan sejak Mazda CX-5 diperkenalkan. Formula itu kemudian diteruskan pada model-model seperti Mazda6 dan Mazda3.

Model-model facelift seperti Mazda5, CX-9, Biante, Mazda8 MPV dan trak pikap BT-50 juga tidak terkecuali daripada menerima teknologi serta rekaan tersebut.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button