Buletin

HONDA CL500 DIPERKENAL DI JEPUN, GAYA SCRAMBLER, RM28.6 RIBU

Sudah menjadi kelaziman untuk pengeluar menawarkan semula motosikal dengan gaya scrambler. Contoh terbaru Honda menawarkan CL500 di Jepun dengan enjin 471 cc (Rebel/CB) DOHC empat injap dua silinder sebaris sejukan cecair.

CL500 dibangunkan dengan tema Express Yourself dan sebagai sebuah motosikal yang boleh dinikmati mengikut pelbagai gaya hidup.

Rekaannya ringkas dengan membawa gaya scrambler melalui peredam ekzos yang tinggi, pelana rata, pad pada tangki minyak dan tayar semi block.

CL500 menggunakan rangka bentuk berlian dan gaya ringkas menampakkan segala rongga blok enjin dan saluran ekzos.

Nampak padat, CL500 mempunyai dimensi 2,175 mm panjang, lebar 830 mm, tinggi 1,135 mm, jarak roda 1,485 mm dan berat 192 kg. Tinggi pelana pula berukuran 790 mm.

Dari segi kuasa, enjin CL500 menghasilkan 46 ps pada 8,500 rpm dan tork 43Nm pada 6,250 rpm. Transmisi enam kelajuan dilengkapi fungsi Assist & Slipper® Clutch.

Honda membekalkan tangki petrol dengan kapasiti 12 liter. Angkup brek Nissin menghentikan CL500 dan kedua-dua brek depan dan belakang menggunakan sistem hidraulik ABS.

Tayar depan CL500 berukuran 110/80 dengan rim 19 inci dan belakang menggunakan rim 17 inci dan tayar saiz 150/70.

Ada dua warna CL500 yang ditawarkan iaitu Glint Wave Blue Metallic dan Matte Armored Green Metallic. Motosikal ini dijual pada harga 863,500 yen (RM28,690).

BACA: HONDA AWV, KENDERAAN AUTONOMI UNTUK TAPAK PEMBINAAN!

BACA: HONDA FURY, BUKAN CHOPPER CUSTOM TAPI BUATAN ASLI HONDA!

BACA: HONDA LEGEND KC2, MODEL LEGEND TERAKHIR PADA 2021

Google ads
Back to top button