Buletin

HONDA JAZZ, CITY DAN CR-V UNGGULI KAJIAN KUALITI AWAL J.D. POWER 2019

Honda Malaysia mencatat pencapaian luar biasa apabila tiga modelnya, Jazz, City dan CR-V memperoleh kedudukan paling tinggi dalam Kajian Kualiti Awal Malaysia J.D. Power 2019 (IQS) dari segi kualiti kenderaan.

Jazz dan City menjuarai segmen kereta bandar kompak dan entry level dengan skor 68 bagi setiap 100 kenderaan (p100) serta 59 P100. Peneraju SUV segmen bukan nasional, CR-V pula mencatat mata 64 PP100.

Keputusan itu diperoleh menerusi kajian dari aspek bahagian luaran, enjin, transmisi, ketersambungan hiburan dan banyak lagi.

Lebih rendah skor, menunjukkan prestasi kualii yang lebih baik. Ia dinilai berdasarkan kepada maklum balas daripada jumlah masalah yang dialami oleh setiap 100 unit kenderaan.

Model paling laris Honda Malaysia, City menyumbang sebanyak 36 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat. Sementara hatchback popular, Jazz menyumbang sebanyak 13 peratus.

CR-V pula mencatat sumbangan sebanyak 14 peratus tahun lalu. SUV itu memang terkenal dengan ciri yang terbaik dalam kelasnya. Antaranya ialah enjin 1.5 liter turbo VTEC dan sistem keselamatan Honda SENSING.  

“Kilang milik Honda Malaysia di Pegoh, Melaka akan terus fokus dalam menghasilkan kenderaan dengan kualiti, keselamatan dan mesra alam. Selain menggunakan teknologi pengilangan termaju,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama.    

Maklumat lanjut mengenai model-model Honda, sila kunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara, layari laman web: www.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020

Tags
Google ads
Back to top button