Motosikal

HONDA FORZA NSS250 DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA – RM25,888

Boon Siew Honda melancarkan skuter maxi NSS250 untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM25,888. 

Dikenali sebagai Forza 250 sebelum ini, NSS250 merupakan model yang telah dinaik taraf bagi tahun 2024 dan merupakan model sama yang telah diperkenalkan di negara jiran, Indonesia tahun lalu. 

Atas kertas, NSS250 dipacu enjin satu silinder 249.5cc SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang berupaya menjana 22.8hp dan 7,750rpm dan 24Nm pada 6,250rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi CVT eSP+. 

Antara ciri ditawarkan termasuk penghadang angin boleh laras, sistem penghidup tanpa kunci, port pengecas USB dan storan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet. 

Sementara itu, kelengkapan lain merangkumi fork teleksopik depan, dua penyerap hentak di belakang, rim 15-inci depan dan 14-inci belakang, cakera brek tunggal 256mm depan dan 240mm belakang dengan masing-masing dipadankan bersama kaliper brek 2-pot depan dan 1-pot belakang.

Honda NSS250 ini turut menawarkan tangki bahan api berkapasiti 11.7L, ABS dwi-saluran serta Honda Selectable Torque Control (HSTC). 

GALERI: HONDA NSS250

Google ads
Back to top button