Buletin

HONDA E CATAT SEJARAH, JADI MODEL PERTAMA JEPUN MENANG KERETA TERBAIK JERMAN

Kereta elektrik pertama Honda, Honda e mencatat sejarah di Jerman apabila dianugerahkan sebagai Kereta Terbaik Tahunan (Car of the Year, COTY) Jerman untuk tahun 2021. 

Jentera itu juga menjadi model pertama keluaran Jepun mendapat anugerah berprerstij itu yang diadili oleh sekumpulan wartawan pemotoran di sana.

Panel juri menilai dan memandu uji kereta-kereta baharu dalam kategori kompak, premium, mewah, berprestasi tinggi dan tenaga baharu. 

Kriteria yang dinilai pula termasuklah dari segi pemanduan, kegunaan, relevan dengan pasaran dan inovasi. Pemenang daripada setiap kategori kemudian perlu bersaing untuk menjadi juara sebenar. 

Honda e yang memenangi kategori tenaga baharu terpaksa bersaing dengan Volkswagen Golf (kompak), Volkswagen ID.3 (premium), Polestar 2 (mewah) dan BMW Alpina B3 (prestasi). 

“Kemenangan Honda e yang meniadi kereta Jepun pertama dianugarahkan kereta terbaik Jerman sememangnya satu penghargaan cukup besar. Maklum balas yang diberi ke aas Honda e sejak ia mula diperkenalkan sangat positif.

“Honda e merupakan contoh terbaik yang menggabungkan aspek reka bentuk unik, teknologi tercanggih dan ketersambungan pintar,” kata Presiden Honda Motor Europe, Katsuhisa Okuda. 

Di pasaran Eropah, Honda e ditawarkan dengan dua pilihan motor elektrik berkuasa 100kW dan 113kW. Kedua-duanya dilengkapi pek bateri lithium-ion berkapasiti 35.5kWh yang menyediakan jarak sekitar 220km.

Jika menggunakan pengecasan pantas, 80 peratus baterinya boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja. 

Tahun lalu, COTY Jerman memilik Porcshe Taycan. Tahun 2019 pula ia menjadi milik Jaguar iPace.  

Google ads
Back to top button