
MUNGKIN INI REKAAN TERBAHARU HR-V? BOLEH TAHAN LAWA
Pengeluar kereta Jepun, Honda mula memperkenalkan crossover HR-V di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2015. Ini bermakna kemungkinan besar ia akan digantikan dengan model baharu dalam masa terdekat.
Honda HR-V 2020 memiliki kelebihan tersendiri menjadi kenderaan terbesar dan paling luas dalam segmen kelasnya.
Di Amerika Syarikat, crossover ini ditawarkan dengan enjin empat silinder 1.8 liter yang mampu menjana kuasa 141 hp dan tork 127 manakala Eropah menerima versi turbocharge menghasilkan 180 hp.
Pasaran Amerika Syarikat kemungkinan besar tidak akan ditawarkan model turbocharge tetapi bagaimana jika Honda meningkatkan kuasa kenderaan ini melalui cara lain?
Artis rendering, Kleber Silva menterjemahkan HR-V 2022 dan ia memberi idea menarik.

Ia jelas sekali mendapat inspirasi daripada Honda Insight yang merupakan sedan hibrid.
Secara kasar, imej rendering itu mengambil sentuhan di bahagian hadapan fasia, lampu depan, gril, lampu belakang dan corak roda. Selain itu, sentuhan lebih sporty ditambah pada bahagian bumbung berwarna hitam.
Model Insight merupakan kenderaan yang sangat menarik apatah lagi apabila elemen rekaan dipindahkan kepada crossover.
Begitupun, spesifikasi berhubung powertrain tidak diberikan dalam rendering ini tetapi menjangkakan ia akan menggunakan enjin dan sistem hibrid Insight.

Kuasa enjin tidak akan bertambah dengan mendadak tetapi enjin 1.5 liter Insight digabung bersama motor elektrik mampu menjana kuasa 151 hp melebih 10 hp berbanding HR-V yang terdapat di pasaran masa kini.
Sudah pasti, ia bukan HR-V turbocharge tetapi akan menjadi lebih efisien berbanding model lama. Kemungkinan HR-V baharu ini akan memasuki pasaran dalam tempoh satu atau dua tahun lagi dan berharap ia mirip lakaran rendering. – carbuzz