Buletin

HONDA JALIN KERJASAMA DENGAN ALIBABA – MAHU TAWAR PERKHIDMATAN INTERNET DI DALAM KERETA

Honda Motor Co dilapor akan membangunkan perkhidmatan internet di dalam kereta  bersama Alibaba Group Holding Ltd.

Produk baharu daripada kedua-dua syarikat itu membolehkan pemandu menempah perkhidmatan dan barangan daripada NaviMap, satu perisian yang dibeli oleh Alibaba pada tahun 2015.

Pembayaran secara dalam talian untuk bahan api, parkir dan perkhidmatan lain di China itu kemudian dibuat menerusi sistem pihak ketiga, Alipay. Honda dan Alibaba akan mengumumkan apakah model kereta yang dipasang dengan produk tersebut.   

Berdasarkan kepada trend semasa, para pengeluar kenderaan kini memberi fokus kepada kereta pintar yang dihubung melalui akses internet. Ia mampu menawarkan pemandu dengan pelbagai kemudahan dalam talian, selain berkongsi maklumat trafik dan servis canggih yang lain.

Honda berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan di China yang merupakan pasaran automotif terbesar di dunia menerusi kerjasama tersebut.

Tags
Google ads
Back to top button