Artikel Pilihan

MAZDA 323 - HATCHBACK LEJEN PERTAMA DARI MAZDA

Bagi yang tidak mengetahui inilah dia keturunan sebenar model Mazda3 yang cukup digemari serata dunia. Dan inilah dia, Mazda 323 sebuah model hatchback pertama dari Mazda yang telah pun dilancarkan pada tahun 1977.

Kereta keluarga kompak pacuan roda belakang, 323 generasi pertama menampilkan rekaan yang agak sporty dan menarik pada era itu dan terus menjadi kejayaan yang global untuk Mazda. Walau pun kebanyakkan negara mengenalinya sebagai Mazda 323, namun ianya juga dikenali sebagai GLC (Great Little Car) di pasaran Amerika.

Ketika hayatnya, ianya menawarkan pilihan varian tiga atau lima pintu. Manakala varian wagon / estet pula mula ditawarkan bermula tahun 1978.

Populariti Mazda 323 itu boleh tahan juga di kala itu apabila mempunyai kilang pengeluaran di Hiroshima, Otahuhu New Zealand dan juga Bekasi Indonesia bagi memenuhi permintaan pengeluaran.

Sudah tentu Mazda 323 itu disasarkan khusus untuk golongan muda di Jepun yang menerima dengan baik model ini, serta jualan yang menggalakkan di seluruh dunia. Tahukah bahawa Mazda 323 generasi pertama ini hanya mempunyai jangka hayat yang cukup singkat, dengan hanya tiga tahun sahaja tempoh produksi penuhnya. Tetapi ianya masih mampu terjual sehingga 890,000 unit.

Untuk pasaran global, tiga pilihan enjin petrol ditawarkan: pada mulanya petrol 985cc atau 1,272cc dan bermula tahun 1978 petrol 1,415cc turut ditawarkan. Pada 1979 model ini sempat mendapatkan kemas kini baharu di mana lampu depan bulatnya digantikan dengan lampu hadapan bentuk empat segi, manakala perubahan lain termasuk pengenalan kotak gear lima kelajuan.

Ternyata penghasilan Mazda 323 ini di penghujung era 70an / awal 80an cukup tepat kerana di saat itu mode hatchback mula diterima sebagai pilihan global untuk mereka yang inginkan sebuah model yang lebih sporty berbanding sedan.

Kini legasi model hatchback Mazda diteruskan dengan plat nama Mazda 3 yang terus digilai ramai.

Nota Kaki:

Dan tahukah bahawa di Indonesia juga Mazda 323 ini boleh tahan popular. Hampir menyamai popularity dengan Toyota Kijang. Disebabkan itu, varian yang lebih baharu dan segar, Mazda MR90 telah diperkenalkan kepada rakyat sana. (MR: Mobil Rakyat)

BACA : MAZDA3 – ALKISAH 20 TAHUN PERJALANANNYA

BACA : MAZDA3 2024 HADIR DENGAN PENAMBAHAN TEKNOLOGI BAHARU, HARGA BERMULA RM77K

Google ads

B K

Back to top button