
HONDA N-WGN 2022 DENGAN KIT HONDA ACCESS! ADA 3 TEMA
Selain N-BOX yang popular di negara kita, Honda mempunyai beberapa lagi model di dalam siri N seperti N-ONE, N-VAN dan N-WGN.
Daripada tiga model tersebut, sudah ada pengimport bebas yang membawa masuk N-ONE dan kini ada dua model N berada di negara kita.
Sebuah lagi model yang tidak kurang menarik dan dilihat mempunyai potensi ialah N-WGN.
Dari segi dimensi, N-WGN sedikit rendah dengan ketinggian 1,675 milimeter (mm) berbanding N-BOX yang berukuran 1,790 mm.

N-WGN yang berada di pasaran sekarang adalah dari generasi kedua dan diperkenalkan pada 2019.
Beberapa tahun di pasaran, Honda melancarkan model perubahan minor pada September lalu dan seperti biasa kit Honda Access turut menyusul.
Honda Access menawarkan tiga konsep yang berbeza dan unik seperti berikut:
Honda N-WGN Antique Copper STYLE

Untuk konsep ini, Honca Access mengenengahkan warna tembaga sebagai riasan iaitu pada gril depan, grafik bawah pintu dan penutup tangki minyak.
Turut dilengkapi rim aluminium MG-022 warna Taffeta White dalam saiz 14 × 4 1/2J PCD 100.
Honda N-WGN Classic Sport STYLE

Model ini sama sahaja seperti N-WGN Antique Copper STYLE tetapi menyerlah dengan tulisan N-WGN pada bonet, gril warna perak, logo N-WGN pada fender, spoiler but dan grafik bawah pintu dalam warna hitam dan perak.
Tema yang dibawa ialah untuk membangkitkan imej nostalgik dan sporti.
Rim aluminium yang digunakan dari model MS-024 dalam warna Stealth Berlina Black dengan dimensi sama seperti N-WGN Antique Copper STYLE.
Honda N-WGN Wild Premium STYLE

Daripada dua model N-WGN, model N-WGN CUSTOM pula langsung berbeza dan nampak lebih tinggi hasil penggunaan lampu, gril dan bampar depan yang berbeza dan spoiler but.
Untuk model ini, Honda Acccess menggunakan riasan perak dan krom pada kit aksesori seperti pelindung cermin sisi, gril depan dan logo pada fender.
Rim aluminium yang digunakan jenis MS-034 dalam warna hitam dengan ukuran 5 × 4 1/2J PCD 100.

Selain aksesori khas mengikut model, kesemua N-WGN dilengkapi Aqua Clean Mirror yang dapat mengurangkan titisan air semasa hujan.
Honda Access turut menawarkan aksesori lain seperti stereng dan tombol gear balutan kulit, pelapik pembuka pintu, pedal sport, sarung kerusi kulit dan sebagainya.

BACA: HONDA BAKAL LANCAR VAN ELEKTRIK DARI N-VAN, JARAK PANDU 200KM!
BACA: HONDA BANGUNKAN MODEL SEL BAHAN API HIDROGEN DARI CR-V!
BACA: KENAPA GEAR MANUAL BUATAN HONDA SANGAT BAGUS DAN PALING SERONOK DIGUNAKAN?



































