Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL INOVATIF DIGITAL TERBAHARU HONDATOUCH

Honda Malaysia memperkenalkan inovatif digital terbaharu aplikasi HondaTouch yang mendekatkan para pelanggan dan bukan pelanggan Honda melalui platform digital.

Aplikasi terbaharu ini menampilkan 10 ciri menarik yang boleh digunakan pada platform Apple iOS dan Android.

Ia menawarkan menawarkan ciri seperti Service Appointment Booking, Service Appointment Reminder, Real-Time Service Status Tracing, Service History dan Find Your Nearest Dealer.

Melalui aplikasi ini, pelanggan Honda boleh menetapkan tempahan tarikh penyelenggaraan, mendapat notifikasi penyelenggaraan, menyemak status semasa malah boleh mengetahui sejarah penyelenggaraan kenderaan mereka.

Selain itu, HondaTouch menawarkan aspek penting ciri bantuan kecemasan yang membenarkan pengguna menghubungi perkhidmatan bantuan kecemasan secara terus melalui aplikasi tersebut untuk mendapatkan bantuan dengan serta-merta.

Pemilik Honda turut memperoleh notifikasi berkenaan pembaharuan insurans, sekaligus menjadikan pemilikan kereta Honda mereka lebih menyenangkan dan lebih fleksibel.

Aplikasi HondaTouch juga boleh digunakan bukan pelanggan Honda. Mereka akan menerima notifikasi terkini, promosi dan acara yang bakal berlangsung.

Dalam pada itu, terdapat ciri New Car Pre-Booking  membolehkan pelanggan Honda menempah kenderaan baharu dari Honda Malaysia tanpa perlu berkunjung ke pusat pameran.

Untuk keterangan lanjut mengenai platform digital terbaharu ini, para pelanggan boleh memuat turun aplikasi berkenaan melalui Apple App Store dan Google Play.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia (1-800-88-2020) atau www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button