
HONDA CIPTA SISTEM PENJANAAN TENAGA BAHARU, BAKAL DIGUNAKAN DI BULAN
Honda mula membangunkan sistem janaan tenaga baharu yang diharap dapat membantu manusia terus hidup dan meneroka permukaan bulan. Sistem tersebut digelar sebagai Sistem Tenaga boleh Diperbaharui Edaran.
“Selepas menandatangani perjanjian penyelidikan bersama JAXA pada November 2020, Honda meneruskan penyelidikan mengenai sistem tenaga boleh diperbaharui edaran untuk digunakan di permukaan bulan,” memetik kenyataan Honda.
Sistem baharu tersebut menggunakan elektrolisis serta tenaga suria untuk menghasilkan oksigen, hidrogen dan elektrik. Tenaga itu kemudian akan disimpan di dalam tangki untuk digunakan semasa gelap, lebih tepat setelah matahari terbenam.

Honda mengharapkan sistem tersebut dapat memastikan kenderaan terus berfungsi di bulan supaya saintis dapat meneroka permukaan bulan dengan betul.
Walau bagaimanapun, Honda tidak mendedahkan lebih terperinci tentang motosikal yang digunakan di bulan. Tetapi, ia tetap merupakan cita-cita tinggi ditunjukkan oleh Honda kerana dengan kuasa hidrogen, ia dilihat sebagai pengganti tulen untuk bahan api fosil.
Bercakap tentang bagaimana sistem itu boleh digunakan di bumi, siaran akhbar di laman web Honda Global menjelaskan, “Apabila ia digunakan di bumi, sistem tenaga boleh diperbaharui edaran boleh berfungsi sebagai sistem bekalan tenaga neutral karbon yang menjana elektrik dengan menggunakan tenaga suria dan sumber air di bumi.
“Honda akan meneruskan penyelidikan dan pembangunan sistem tenaga boleh diperbaharui edaran dengan matlamat awal untuk menggunakannya di angkasa lepas, sebelum teknologi ini diguna pakai di bumi dalam usaha untuk merealisasikan matlamat neutraliti karbon 2050.”









