Buletin

HONDA PERKENALKAN CBR1000R DAN REBEL 500 2023 DI EROPAH

Honda telah mengemas kini dua neo-retro popularnya untuk tahun model 2023 di Eropah. CBR1000R dan Rebel 500 telah diberi penambahan kosmetik untuk menonjolkan estetika.

Untuk model tahun 2023, Honda memberikan pelbagai kemas kini termasuk warna baharu dan penambahbaikan pada komponen tertentu. Penambahbaikan 2023 termasuk tiga skema cat baharu terdiri daripada Mat Gunpowder Black Metallic, Pearl Smoky Grey dan Candy Diesel Red.

Selain daripada warna baharu, Honda turut memperkenalkan Rebel S, edisi khas cruiser popular dihiasi dengan aksesori seperti penutup lampu sporty, semua gaiters garpu hitam (all black fork gaiters) dan pelana berjahit berlian (diamond-stitched saddle). Rebel S didatangkan dalam satu jalur warna Titanium Metallic yang menarik.

Rebel 500 terus dikuasakan oleh enjin berkembar selari 471cc dan dinilai sebagai mesin yang mematuhi lesen A2.

Beralih kepada CB1000R, ia kini mendapat paparan TFT warna penuh serta dilengkapi dengan Kawalan Suara Telefon Pintar dan soket pengecas USB di bawah tempat duduk.

CB1000R turut dilengkapi dengan komponen premium seperti Showa Big Piston front fork, angkup empat omboh yang dipasang secara jejari, dan single-sided swingarm.

CB1000R Edisi Black Edition juga tersedia untuk pasaran Eropah. Dengan kemasan serba hitam, ia turut dilengkapi dengan fly screen, penutup tempat duduk (seat cowl) dan quickshifter, memberikan penunggang menukar gear dengan lebih selesa.

CB1000R 2023 akan tersedia dalam warna Bordeaux Red Metallic baharu, manakala Edisi Hitam menampilkan Mat Jeans Blue Metallic.

Google ads
Back to top button