
HONDA RS150R PULA FACELIFT V2 DENGAN 4 CIRI BAHARU
Sejak semalam, tersebar beberapa foto yang menunjukkan kelibat motosikal yang didakwa sebagai Honda RS150R generasi kedua facelift. Ia dikatakan datang dengan beberapa ciri baharu, namun kerana imejnya yang kurang jelas, tidak banyak informasi yang dapat ditelah dari foto tersebut.
Pagi ini, Honda Vietnam telah memuatnaik satu video pendek acahan yang memaparkan beberapa imej motosikal tersebut. Ia akan dilancarkan di Vietnam pada 13 Julai nanti dan menerusi video berdurasi 15 saat itu juga, boleh disahkan bahawa ia ialah Honda RS150R V2.
Tidak mahu ketinggalan dengan Yamaha, Honda RS150R yang dikenali sebagai Honda Winner di Vietnam akan hadir dengan facelift terkininya yang akan dikenali sebagai Honda WInner X.
Video yang digarap menerusi visual vektor itu bagaimanapun dapat ditafsirkan menerusi beberapa screenshot yang dibuat. Antara perubahan yang kelihatan ialah;
- LAMPU UTAMA

Keseluruhan bahagian hadapan muka RS150R ini telah berubah dengan kedudukan lampu utama kini di bahagian “dada”. Ia didatangkan dengan sepasang lampu utama LED dan juga lampu sokongan. Untuk versi Malaysia pasti lebih meriah nanti dengan lampu signal capang terkeluar pada sudut yang sama.
2. METER FULL DIGITAL
Meter RS150R ini akan menggunakan meter dari Honda CB150R yang didatangkan dengan fungsi paparan digital sepenuhnya. Harap-harap jangan buat background merah macam RS150R sekarang memang sakit mata.
3. PEMIJAK KAKI ALA PERLUMBAAN
Satu lagi paparan yang boleh dilihat dari imej vektor video tersebut ialah rekabentuk pemijak kaki penunggang yang kini menggunakan rekaan ala perlumbaan.
Berdasarkan rekaan tersebut, berkemungkinan besar, ia diambil daripada model CB150R.
4. LAMPU ISYARAT & LAMPU BREK LEBIH KECIL (LED)
Lampu isyarat belakang kini diletakkan di bahagian mudguard. Sama seperti spesifikasi Malaysia. Model semasa Honda Winner Vietnam hari ini bahagian lampu isyaratnya terletak pada lampu belakang dengan rekaan satu gugusan.

Kini ia dialihkan ke bahagian mudguard belakang dan rekaan lampu breknya juga nampak lebih kecil dan tirus.
Menurut media vietnam, Motosaigon, lampu belakang juga didatangkan dengan mentol jenis LED.
Adakah Malaysia akan dapat model ini juga?
Sudah tentu, tapi tidaklah dalam masa terdekat. Kalau melihat pada trend sebelum ini, ia mengambil masa sekitar lapan ke 11 bulan untuk ia diperbaharui di Malaysia.
Jadi, ia akan tiba paling awal pun sekitar Mac atau April tahun depan.
BACA: HONDA RS150R V2 DENGAN BREK ABS?
KREDIT: MOTOSAIGON
GALERI