
HONDA RS150R V2 DENGAN BREK ABS?
Semalam, ketika Honda Vietnam melepaskan video teaser pertamanya, ramai yang cuba memerhatikan imej vektor dan cuba menterjemahkan apa yang bakal diperkenalkan bagi versi V2 yang dikenali sebagai Winner X di Vietnam itu nanti.
Pelancaran rasminya dijadualkan pada 13 Julai dan antara pembaharuan yang sempat dilihat menerusi video tersebut termasuklah penggunaan meter digital, perehat kaki ala perlumbaan, lampu signal dan lampu brek LED (CB150R) dan paling jelas ialah lampu utama yang dialihkan ke bahagian “dada”.
BACA: 4 CIRI BARU HONDA RS150R
Setelah meneliti semula video teaser tersebut dalam gerak perlahan, boleh dilihat satu lagi ciri penting yang kelihatan.
Pada roda hadapan terdapat pengesan kelajuan dengan pulser ring yang biasanya digunakan pada brek dengan sistem ABS.

BACA: HONDA RS150R DENGAN ABS DI INDONESIA
Adakah Winner akan didatangkan dengan sistem brek anti kekunci (ABS) ini?
Jika ia untuk pasaran Vietnam, besar kemungkinannya ya.
Honda Winner 150 bukanlah kapcai pertama yang akan dipasangkan dengan brek tersebut. Sebaliknya, Sym SR170cc (Sym VF3i 185cc di Malaysia) sudahpun mendapat kelengkapan yang sama tahun lepas untuk pasaran Vietnam.
BACA: SYM SR170cc VIETNAM DENGAN ABS
Jika model facelift ini masuk ke pasaran Malaysia dengan brek ABS, maka ia akan jadi kapcai pertama di Malaysia yang menggunakan sistem brek tersebut.
menarik kan?