,
Buletin

HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 23,476 UNIT KENDERAAN, GANTI INFLATOR BEG UDARA TAKATA

Honda Malaysia memanggil semula 23,476 unit kenderaan yang sebelum ini pernah menjalani proses sama untuk menggantikan inflator beg udara hadapan sebagai satu langkah pencegahan. Model-model yang terlibat adalah sperti jadual di bawah: 

Honda Malaysia memohon maaf ke atas kesulitan ini. Keselamatan pelanggan menjadi keutamaan Honda Malaysia dan menggesa mereka yang terlibat supaya menggantikan inflator tersebut secepat mungkin. Penggantian adalah percuma. 

Honda Malaysia ingin menegaskan bahawa semua model yang sedang dijual sekarang tidak terlibat dalam proses panggilan semula ini. Pelanggan yang terlibat akan menerima surat notifikasi dam mereka perlu menghantar kereta ke mana-mana 95 pusat servis sah Honda di seluruh negara. 

Stok penggantian inflator beg udara hadapan Takata akan dipenuhi secara berperingkat. Fasa terkini panggilan semula ini bagaimanapun tidak mengubah jumlah keseluruhan kenderaan yang dipanggil semula.

Sehingga 1 Oktober 2019, Honda Malaysia sudahpun melengkapkan penggantian inflator pada 249,000 unit kenderaan atau mencecah 91 peratus.  

Jumlah keseluruhan kenderaan yang perlu diganti inflator adalah sebanyak 537,000 unit. 

Pelanggan digesa supaya membuat penggantian secepat mungkin. Ini kerana jika berlaku kemalangan, beg udara itu mungkin akan mengeluarkan kepingan besi tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Honda: 1-800-88-2020.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button