Buletin

ISUZU D-MAX X-TERRAIN HIASI ACARA KL FASHION WEEK 2022

Sejak pengenalannya, Isuzu D-Max serba baru telah mencuri perhatian ramai dengan gabungan kemewahan dan kemampuannya untuk tampil dengan penawaran yang lengkap dalam segmen trak pikap.

Pencapaian sebagai pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi KL Fashion Week (KLFW) 2022.

Tema KLFW 2022 tahun ini, “The Bigger, The Better” sangat sesuai dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga dan memperluaskan lagi pilihan penggemar gaya hidup yang ingin mencari kelainan untuk memenuhi minat dan keperluan mereka.

“Dengan rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya. Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Sebagai penaja Kenderaan Gaya Hidup Terulung untuk acara berkenaan, Isuzu D-Max X-Terrain mempamerkan identitinya yang tersendiri, suatu perkara yang telah menjadikannya sebuah kenderaan urban dengan daya tarikan tersendiri, lengkap dengan pelbagai kemampuan lain termasuk off-road.

Trak pikap ini berbangga dengan ciri canggihnya yang membantu memudahkan pengguna di bandar. Ini termasuklah peninjau 360-darjah, pengecas telefon tanpa wayar, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta ciri Sistem Bantuan Canggih Pemandu.

Semua ini membolehkan Isuzu D-Max X-Terrain mengubah tanggapan umum terhadap sebuah trak pikap dan menjadikannya kenderaan gaya hidup dalam persekitaran urban yang menawan.

Isuzu D-Max X-Terrain bakal tampil dalam acara KLFW 2022 yang akan bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur. Tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain berwarna oren, hitam dan putih akan dipamerkan di pusat ibu kota.

Temui kesemuanya di laluan pejalan kaki utama di pusat Kuala Lumpur—satu di ruang legar air pancut Pavilion, satu di laluan penghubung ke Quivio dan satu lagi di seberang jalan di hadapan Fahrenheit.

Untuk mengetahui kemaskini berkaitan KLFW, ikuti https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/ atau di klfashionweek.website 

Google ads
Back to top button