
HR-V EDISI TERHAD DI INDONESIA
Honda Indonesia memperkenalkan 300 unit edisi terhad HR-V. Model HR-V 1.5 CVT Limited Edition berkenaan dijual pada harga Rp311 juta (RM96,000).
Menurut laporan Autobild Indonesia, HR-V edisi terhad diperkenalkan hanya pada enjin 1.5L dari varian E. Tidak pada enjin 1.8L.
Model tersebut hanya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan putih.
Dari segi luaran, HR-V menerima antena jenis shark fin, gril hadapan baharu, hiasan baharu pada bampar hadapan dan fender sisi. Pada bahagian belakang, bampar turut menerima perincian hiasan dan lower trim pada bamparnya. Roda pula ditukar dengan rim aloi lebih sporty bersaiz 17-inci.
Bahagian kabin tidak banyak perubahan dilakukan. Honda Indonesia hanya memperkenalkan head unit dengan skrin bersaiz 7-inci.
Sumber: autobild indonesia









