Motosikal

THE BEAST SUPER DUKE GT

Walaupun EICMA 2015 sudah menutup tirainya. Namun kemunculan KTM 1290 Super Duke GT di Milan berjaya menarik perhatian peminat jentera touring.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (16)

Perincian model tersebut sudah didedahkan sepenuhnya di laman web rasmi KTM. Tidak keterlaluan sekiranya  jentera itu dilabel sebagai ‘binatang liar’ yang ideal untuk diajak untuk berkelana lebih jauh. KTM bakal memasarkan jentera itu tahun hadapan.

Pengeluar Austria berkenaan mengambil enjin daripada LC8 untuk diletakkan pada 1290 Super Duke GT.  Dengan sesaran 1301cc  dua silinder, jentera buas itu mampu menghasilkan kuasa 127kW dan tork 144Nm. Tork mampu dicapai seawal 3,250rpm.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (7)

Difahamkan bahagian silinder jentera diambil daripada model 1290 Super Duke R. Namun KTM telah melakukan kemas kini dengan membangunkan kepala silinder baharu.

Hantaran kuasa dibantu oleh transmisi enam kelajuan, jentera itu turut didatangkan dengan ciri ride-by-wire. Berat jentera 228kg mampu dicapai dengan penggunaan rangka keluli chromium-Molybdenum. Berat rangka berkenaan hanya 9.8 kg.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (11)

Tentunya, kelebihan jentera touring berkenaan adalah posisi tunggangan yang ergonomik. Posisi pemijak kaki adalah rendah, manakala tangki minyak lebih besar membuatkan penunggang  dan penumpang rasa lebih selesa.

Untuk mencapai rekaan tersebut bukanlah mudah. KTM perlu mengambil kira capaian penunggang, panjang gerbang (arch) kaki, ketinggian dan material pelana, sudut lutut, lebar hendal, kedudukan, keseimbangan serta ketinggian dan berat penunggang.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (6)

Bagaimanapun, KTM berjaya menghasilkannya demi memenuhi keperluan pengguna. Penunggang juga boleh melaras bar hendal lebih daripada 22mm dalam empat posisi.

Pada bahagian papan pemuka, 1290 Super Duke GT menawarkan pelbagai informasi.  Kluster peralatan berkenaan diambil daripada pengeluar automotif  VDO. Data utama yang dipaparkan pada skrin sebelah kanan terdiri daripada rpm dalam bentuk analog, posisi gear, speedometer dan jam digital. Selain bar graf suhu coolant dan bahan api serta paparan mode tunggangan.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (14)

Paparan LCD yang diletakkan di sebelah kiri menjadi pusat instrumen untuk  maklumat tambahan penting. Semuanya kemas, bersih, jelas, intuitif dan mudah dioperasi.  Setiap halaman menu juga boleh dioperasikan menerusi butang tukaran mode pada bar hendal sebelah kiri.

Untuk keselesaan tunggangan, suspensi WP semi-aktif  ditawarkan.  Ini bagi memperkenalkan tahap baru tunggangan yang lebih selesa dan selamat. Penunggang boleh memilih mode tunggangan Comfort, Street atau Sport.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (8)

 

Sementara Suspension Control Unit pula akan menyesuaikan kadar peredam ketika tunggangan mengikut keadaan jalan dan penunggang. Maklumat tersebut disalurkan oleh  satu set sensor lejang dan meter pecutan.

Ia boleh menilai muatan jentera dan melaras suspensi mengikut  berat yang berbeza. KTM turut memadankan suspensi travel 125mm di hadapan dan suspensi travel 156mm di belakang.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (10)

Bagi memberhentikan jentera, KTM memilih brek Brembo berkembar  dua piston bersama cakera brek 320mm di hadapan dan 240mm di belakang. Untuk ketenangan jiwa pemilik, ia turut hadir bersama ABS.

Bagi cengkaman yang meyakinkan, KTM menggunakan tayar Pirelli Angle GT.

ktm-1290-Super-Duke-GT- mekanika (15)

Jentera berkenaan memiliki kelegaan tanah 140mm dengan ketinggian pelana 835mm. Sementara kapasiti tangki ialah 23 liter.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button