Peranti

HTC ONE – BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI

Peneraju global dalam aspek inovasi dan reka bentuk telefon pintar, HTC bakal melancarkan model pentingnya, HTC One tidak lama lagi. HTC One dikatakan menawarkan perspektif dan menetapkan satu standard baharu untuk  telefon pintar. 

Peranti ini dibalut oleh kerangka unibody aluminium bersaiz 4.7 inci yang kemas. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi pelbagai inovasi terkini HTC termasuklah HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™, HTC BoomSound dan HTC Sense TV™.

“Pengguna hari ini tidak dapat lari daripada terus menerima berita dan informasi. Walaupun telefon pintar menjadi salah satu sumber kita untuk terus berhubung dengan individu dan maklumat yang kita perlukan, telefon berbentuk konvensional bagaimanapun gagal memenuhi keperluan sebenar pengguna.

“Justeru, pendekatan telefon pintar yang lebih mengujakan diperlukan. Dengan HTC One, kami telah mengimaginasi kembali pengalaman demi memenuhi realiti baru ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou.

14AlwaysSmile

HTC BlinkFeed

Merupakan satu pengalaman baru yang mengubah paparan utama menjadi penstriman secara langsung untuk informasi yang bersifat personal. Misalnya,  kemas kini sosial, hiburan, gaya hidup, berita dan foto bersama imej yang mengasyikkan. Jadi, anda tidak perlu lagi membuka aplikasi berbeza untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.  

Ciri ini juga memaparkan kandungan terkini daripada sumber yang paling relevan dan menarik. Bagi membolehkan pendekatan dinamik ini digunakan pada telefon pintar,  HTC menawarkan kandungan tempatan dan luar negara dari lebih 1,400 sumber media dengan lebih 10,000 artikel sehari.

Artikel-artikel itu diambil daripada syarikat-syarikat media paling inovatif seperti AOL, ESPN, MTV, Vice Media, CoolHunting, Reuters dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut rakan kerjasama BlinkFeed, sila layari: HTC Blog.

HTC-ProductDetail-Hero-slide-05

Kamera HTC UltraPixel dengan HTC Zoe

Kamera HTC UltraPixel mendefinisikan semula bagaimana anda merakam dan berkongsi momen indah. HTC Zoe membolehkan pengguna merakan foto berdefinisi tinggi dalam snippet berdurasi tiga saat. Dengan Zoe, foto dan video ini kemudian dipaparkan dalam cara unik membuatkan galeri anda lebih hidup.  

Kamera ini juga mengandungi banyak ciri dan kesan khas seperti panorama 360 darjah, penjujukan masa dan boleh membuang objek yang tidak dimahukan dalam foto.

HTC-ProductDetail-Overview-Container3-01pre-bg

HTC BoomSound

HTC One menawarkan pengalaman audio terbaik berbanding mana-mana telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang. HTC BoomSound buat pertama kalinya memperkenalkan pada sebuah telefon bimbit dengan pembesar suara di bahagian hadapan, amplifier dan paparan HD.

Gabungan ini pastinya membolehkan anda menikmati muzik, video atau permainan dengan lebih asyik.

HTC Sense TV™

HTC Sense TV berupaya menukar HTC One menjadi alat kawalan jauh untuk kebanyakan televisyen dan unit penerima. Ia menjadikan urusan untuk menonton rancangan kegemaran anda semakin mudah.

Tidak sabar untuk memiliki HTC One? Tunggu… Peranti ini dikatakan bakal ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Maklumat lanjut mengenai HTC One, sila layari laman web: www.htc.com.   

[hr]

Galeri

download_2HTC-ProductDetail-Overview-Container1-02-bgHTC-ProductDetail-Overview-Container2-02-bgHTC-ProductDetail-Overview-Container4-02-bg

 

 

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button