Peranti

HUAWEI HONOR 3C – RM499

Huawei, peneraju serta penyedia penyelesaian Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) global baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar entry level dikenali sebagai Honor 3C dan stor dalam talian rasmi Huawei, vmall.my. 

SONY DSC

Untuk makluman, Malaysia merupakan negara pertama di luar China yang melancarkan  Huawei Honor 3C dan Pelancaran itu nyata mengukuhkan lagi komitmen Huawei terhadap pasaran Malaysia selepas berkongsi strategi pertumbuhan dan pengembangannya pada awal tahun ini.

Honor 3C direka khas untuk pengguna yang kerap menggunakan media sosial. Ia dioperasikan oleh quad-core 1.3 GHz CPU. Sementara paparan LTPS HD bersaiz lima incinya dikuasakan oleh Android 4.2.

SONY DSC

Peranti yang memiliki pelbagai ciri itu menawarkan kepantasan, kemudahan dan penggunaan tenaga yang efisien. Melalui “Smart Power”, ia beroperasi 30% lebih efisien berbanding model yang digantinya.

“Mengumpul lebih 10 juta pra-tempahan di China sebelum pelancarannya pada Disember lalu, Honor 3C ialah peranti yang mesra fotografi dan sarat dengan pelbagai ciri. Justeru, kami teruja untuk menawarkan peranti  Huawei ke Malaysia,” kata Pengarah Negara untuk Kumpulan Perniagaan Pengguna di Malaysia, Gary Xu.

SONY DSC

Lebih menarik lagi, Honor 3C ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM499 seunit! Antara ciri yang perlu anda tahu ialah peranti ini boleh menggunakan dua kad sim, memiliki antara muka ringkas dan 2GB RAM.

Berbanding model terdahulu, Honor 3C mempunyai tubuh yang lebih kompak, ringan, pendek dan nipis. Reka bentuk bucu yang bulat dan rekaan kerangka aloi magnesium aeronautikal itu membolehkan pengguna memegang peranti ini dengan selesa. 

SONY DSC

Dilengkapi kamera hadapan 5MP, Honor 3C membolehkan pengguna untuk merakam ‘selfie’ yang mengagumkan. Ia boleh dilaras menerusi kemampuan peningkatan wajah automatiknya. Dilengkapi bukaan F2.4 dan sudut lebih luas, kamera ini mengajak lebih ramai rakan untuk menjadi sebahagian daripada gambar tersebut.

Pada bahagian belakang, teknologi di sebalik kamera 8MP itu berasaskan kepada back-illuminated sensor (BSI), satu alat pengesan imej digital yang membolehkan gambar dengan cahaya rendah dapat dihasilkan dengan lebih baik.

SONY DSC

Dipertingkatkan dengan IMAGESmart, satu ciri milik Huawei, perisian itu membolehkan pelarasan kontras dan peningkatan warna dibuat secara automatik. Di samping mengenal pasti latar secara automatik, fokus pengesan objek dan sokongan wajah yang segera.

Telefon ini juga mempunyai ciri utama Huawei iaitu Emotional UI 2.0 dan fungsi Phone Manager. Ia membolehkan pengguna mengawal peranti mereka sepenuhnya seperti notifikasi, aplikasi rangkaian, memulakan aplikasi dan banyak lagi.

SONY DSC

Selari dengan slogannya – ‘Share My Colorful Life’ (Kongsi Kehidupanku yang penuh warna-warni), Honor 3C membolehkan pengguna melakukan ‘ubah suai’ dari segi perkakasan melalui enam pilihan warna seperti putih, kelabu, emas, kuning, merah jambu dan hijau.  Penutup bateri dengan enam warna sama juga ada dijual secara berasingan.

SONY DSC

Pengenalan Honor 3C juga hadir bersama pelancaran rasmi Vmall.my, platform e-dagang baharu Huawei yang eksklusif untuk rakyat Malaysia. Platform itu memudahkan para pengguna untuk membeli peranti-peranti Huawei di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Ia adalah sebahagian daripada pelan Huawei untuk membuka 100 buah stor konsep di seluruh Malaysia pada tahun ini.

SONY DSC

Vmall.my telah bekerjasama dengan dua portal beli-belah dalam talian utama di Malaysia iaitu Lelong.my dan Lazada.my, bagi meningkatkan jangkauannya kepada rakyat Malaysia. Penghantaran produk akan dilakukan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja selepas pesanan dibuat.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.Vmall.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button