
VOLKSWAGEN GOLF R 333 LIMITED EDITION HABIS TERJUAL DALAM MASA 8 MINIT SAHAJA – SEBAB WARNA KUNING KOT?
Minggu lepas Volkswagen umumkan pelancaran sebuah model Golf eksklusif yang dinamakan Golf R 333 Limited Edition dengan harga yang hampir mencecah RM400k untuk pasaran global (kecuali Amerika Syarikat). Ingatkan sempat kumpul duit tapi rupa-rupanya ia habis terjual dalam masa 8 minit sahaja.

Gila betul ni padahal dengan harga yang sama anda boleh memiliki sebuah Porsche 718 Cayman S ataupun Audi RS3 (kalau kat Eropah la).
Golf R edisi terhad ini menampilkan enjin berkuasa turbo dengan 333 metrik hp (bersamaan dengan 328 bhp). Spesifikasi tersebut membolehkan Golf ini membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 4.6 saat dan mencecah kelajuan maksima 270 kmj (dihadkan). Angka-angka yang sama dihasilkan oleh Golf R 20 Years.

Kalau dikira ini bukan setakat Golf termahal malah boleh dikatakan produk VW yang paling mahal selain Toureg. Masalahnya Toureg tu besar gedabak dan ini Golf. Marah kalau tahu dek kluster #baikbeli ni.
Mungkin sebab nombor 333 ni memang cukup popular di kalangan warga Eropah kot? Korang google la sendiri maksud nombor 333 ni. Tapi jangan percaya pula deh. Itu kepercayaan warga Eropah.
Dengan kesemua 333 unit habs terjual sebaik tempahan dibuka pada 2 Jun, bakal pemilik harus sabar menunggu sebelum ia diserahkan menjelang Oktober ini. Lama lagi tu. Boleh la kalau nak renovate garaj kereta tu siap-siap. Takkan nak letak bawah pokok depan rumah kot.
