Artikel Pilihan

HYBRID EREV GUNA TURBO? SEBAB GUNA TURBO MENGEJUTKAN ANDA

Jika dibandingkan 15 tahun lepas, penggunaan sistem hibrid menjadi semakin canggih dan semakin berkuasa. Berdasarkan pengalaman penulis, sistem hibrid yang digunakan dahulu hanya membantu enjin dalam spektrum yang terhad dan tidak begitu menjimatkan bahan api jika dipandu dalam keadaan agresif

Untuk teknoligi hibrid yang terkini, anda mungkin akan terkejut kerana mendapati hampir semua enjin dan teknologi hibrid dipasang dengan sistem turbo. Salah satu jenama yang mempelopori trend ini adalah Volvo yang memperkenalkan varian PHEV lengkap dengan turbo

Bukan itu sahaja, sistem hibrid Range Extender (EREV) juga dipasang dengan turbo, menyebabkan penulis tertanya tanya apakah peranan turbo dalam sistem EREV. Sebagai contoh Honda yang mempelopori teknologi e:HEV (parallel dan series hybrid) tidak menggunakan sistem turbo

Namun bagi sistem hibrid yang dihasilkan daripada negara China, Korea dan Eropah kebanyakan hibrid akan tetap menggunakan turbo dalam trenkuasa mereka. Setelah dikaji secara mendalam, penulis akhirnya menjumpai kelebihan sistem turbo pada hibrid EREV

1. Sistem beroperasi dengan lebih cekap – bagi enjin dalam sistem EREV yang tidak disambungkan pada roda, fokus utama adalah penggunaan enjin yang cekap dalam menghasilkan tenaga elektrik

Turbo membantu jurutera mencapai matlamat ini iaitu menghasilkan tenaga dalam keadaan lebih efisyen dari enjin yang kecil dan memanjangkan jarak perjalanan kereta dari setangki bahan api

2. Enjin yang kecil boleh digunakan – sistem turbo juga membantu jurutera menggunakan enjin yang lebih kecil dan kompak dalam sistem EREV. Keadaan ini membantu mengurangkan berat keseluruhan kenderaan sekaligus memberikan kelebihan dinamik pengendalian dan kecekapan sistem

3. Prestasi yang lebih baik – sistem EREV dengan turbo atau hibrid dengan turbo juga boleh mengecaj bateri hibrid dengan lebih pantas ketika bateri sistem hibrid telah habis digunakan sepenuhnya

Malah bagi sistem hibrid biasa, menggunakan enjin turbo membantu enjin beroperasi dengan sendiri dengan lebih berkuasa sekiranya motor elektrik tidak membantu pada saat bateri hibrid habis. Ini membenarkan kenderaan terus memecut dalam keadaan berkuasa

4. Sistem lebih mesra alam – bagi enjin hibrid EREV, enjin akan beroperasi dalam 2 keadaan iaitu pengecasan pantas dan juga pengecasan perlahan atau secara teknikalnya beroperasi dalam 2 halaju yang ditetapkan sahaja

Bagi membantu mengurangkan pelepasan gas dioksida, enjin EREV membolehkan enjin bersaiz kecil digunakan, membakar kurang bahan api namun menghasilkan kuasa yang saa dengan enjin yang lebih berkuasa dan lebih mesra alam

Jadi tidak hairanlah jika anda akan melihat semakin banyak kereta hibrid atau EREV yang menggunakan turbo sebagai salah satu komponen dalam trenkuasa hibrid. Ia menjadikan sistem hibrid lebih berkuasa, cekap dan mesra alam

Google ads
Back to top button