
HYUNDAI GERAK MAJU – DARI REKAAN MEMBOSANKAN, KINI TAMPIL MODEN, FUTURISTIK
Setelah beberapa tahun, pembuat kereta asal Korea Selatan, Hyundai mencuba pelbagai resipi rekaan untuk menarik perhatian pembeli, dari rekaan ringkas hinggalah kini, tampil moden, futuristik dan glam di mata peminat.
Menurut pereka bentuk Hyundai, SangYup Lee, pembeli Asia secara tradisinya mempunyai cita rasa kereta yang hambar, dan pereka tempatan tidak terdedah kepada campuran pengaruh budaya.
Tambahnya, itulah sebabnya kebanyakan pembuat kereta kini mempunyai berbilang pusat reka bentuk yang tersebar di seluruh dunia.

Hyundai juga sebelum ini cuba mencampur-aduk rekaan daripada Audi, Mercedes, Lexus serta Honda namun, eksperimen tersebut boleh dikira sebagai membosankan dan gagal menyerlahkan identiti Hyundai sebagai pembuat kereta.
Tetapi, itu cerita di era awal 2000-an dan ketika sekitar 2018, semuanya telah berubah di mana Hyundai menjadi lebih berani menerusi Santa Fe, seterusnya model Tucson yang tampil dengan gril cyborg serta rekaan dalaman serba canggih.
“Kami sudah mengumumkan strategi reka bentuk kami,” kata SangYup Lee.

“Hyundai adalah jenama yang mengutamakan pelanggan, di mana gaya hidup pelanggan sangat berbeza. Seorang Gen Z dalam satu rumah tangga sangat berbeza daripada ibu dan ayah serta tiga anak.”
Melihat pada perkembangan reka bentuk Hyundai pada masa sekarang, sebenarnya ia mencukupi untuk menarik perhatian peminat.
Walau bagaimanapun, Hyundai pastinya mahu menawarkan rekaan lebih moden, canggih kepada pelanggan dan untuk itu, masa akan menentukan sama ada Hyundai kembali pada reka bentuk yang membosankan atau terus bergerak maju.
- BACA: HYUNDAI BAKAL PERKENALKAN SANTA FE 2024 DUA HARI LAGI – WAJAH SEBENAR DAH ADA BOH
- BACA: DYMAG, HANKUK KARBON DAN HYUNDAI BANGUNKAN RIM KARBON HIBRID UNTUK MODEL N!
- BACA: SESI PERTEMUAN HYUNDAI i30 N BERTUKAR KEPADA SESI KEMALANGAN – REKOD DUNIA JUGA NI
- BACA: HYUNDAI BAKAL LABUR RM130 BILION UNTUK ELEKTRIFIKASI