Motosikal

TRIUMPH TIGER RALLY 660 LANCAR TAK LAMA LAGI?

Triumph Motorcycles cukup agresif dalam mempromosikan platform 660cc di pasaran global termasuk di Malaysia. 

Ketika ini, hanya dua model ditawarkan merangkumi Trident 660 dan Tiger Sport 660 dengan model ketiga Daytona 660 akan mula membanjiri pasaran dunia tidak lama lagi. 

Terbaru, Triumph didakwa akan memperkenalkan model keempat kali ini menerusi Tiger Rally 660.

Sebenarnya, model tersebut pernah bocor empat tahun lalu yang memaparkan beberapa imej digital termasuk sebuah motosikal yang kelihatan seperti model Tiger. 

Mengambil kira imej digital tersebut telah pun menjadi kenyataan menerusi Trident 660, Tiger Sport 660 dan Daytona 660, hampir pasti mengesahkan ketibaan Tiger 660 itu tidak lama lagi. 

Memetik laporan media antarabangsa, Triumph dijangka memperkenalkan Tiger Rally 660 itu selewatnya tahun ini sebagai model keluaran 2025. 

Kemunculan Tiger Rally 660 itu pastinya akan meletakkan Triumph di antara pencabar segmen ‘adventure’ pertengahan yang ketika ini dibarisi Yamaha Tenere 700, Suzuki V-Strom 800 DE dan Honda Transalp 750. 

Google ads
Back to top button