Buletin

HYUNDAI STARIA PREMIUM BAKAL DILANCARKAN. REKAAN FUTURISTIK, ENJIN DIESEL 2.2 CRDI, 7 TEMPAT DUDUK

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan melancarkan MPV Staria Premium ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Staria Premium ialah MPV tujuh tempat duduk mewah serba baharu daripada Hyundai yang disasarkan kepada golongan profrsional dan family urban.

Ia merupakan model Kenderaan Binan Khas (PBV) yang mewakili visi masa depan mobiliti serta transformasi Hyundai untuk menjadi penyedia mobiliti pintar.

PBV adalah maklum balas Hyundai terhadap perubahan kehendak pelanggan apabila menawarkan mereka ciri inovatif dan pengalaman perjalanan yang lebih baik, selari dengan visi syarikat iaitu ‘Progress for Humanity’.

Staria tampil dengan bahasa reka bentuk yang futuristik seperti sebuah kapal angkasa. Bahagian hadapannya diserlahkan dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang melintang serta sepasang lampu utama berbentuk empat segi.

Gril radiator pula mempunyai rekaan corak yang unik. Hyundai menggunakan warna badan yang sama ke atas semua bahagian hadapan untuk memaksimumkan gayaan moden MPV tersebut.

Bahagian dalaman menawarkan ruang yang luas dan lebih mewah berbanding mana-mana MPV yang ada di pasaran sekarang. Susun atur yang ringkas fokus untuk menawarkan fleksibiliti.

Sebagai contoh, kompartmen pada tempat duduk baris pertama telah diposisikan ke hadapan untuk memberi ruang kaki lebih luas. Keluasan ruang kargo juga boleh diubah bergantung kepada konfigurasi kerusi dilipat dan mampu mencecah 5,000 liter.

Staria Premium akan dikuasakan oleh enjin diesel 2.2 CRDi yang telah diperbaharui. Mampu menjana kuasa sehingga 177PS dan tork 431Nm, ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Staria Premium kini sudah dibuka untuk tempahan. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Hyundai atau di platform www.hyundai.com.my/clicktobuy/

GALERI

Google ads
Back to top button