Buletin

MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC. 306HP, 0-100KM/J 5.2 SAAT, RM363K SEUNIT

Selain GLB 200 Progressive Line dan GLB 250 4MATIC AMG Line, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian paling berkuasa iaitu Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.

Ditawarkan pada harga RM363,136 seunit, jentera itu menggunakan khidmat enjin empat silinder AMG 2.0 liter turbo.

Mampu menjana kuasa sehingga 306hp dan tork 400Nm, ia dipadankan dengan kotak gear transmisi AMG Speedshift 8G-DCT lapan kelajuan automatik.

Sama seperti dua varian sebelum ini, Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC menggunakan sistem pacuan semua roda.

Jentera itu berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.2 saat sahaja. Kelajuan maksimum pula mencecah 250km/j, 14km/j lebih laju berbanding GLB 250.

Aspek pengendalian dimantapkan dengan penggunaan suspensi adaptif AMG Ride Control. Manakala rim aloi AMG bersaiz 20 inci hadir sebagai ciri standard.

Ruang kabin varian itu nampaknya tidak jauh berbeza dengan GLB 250. Sterengnya dibalut kulit Nappa, selain kemasan karbon, kuliy Artico/mkrofiber Dinamica dengan jahitan merah pada tempat duduk dan tali pinggang keledar berwarna merah.

Pemandu turut dihidangkan dengan paparan khas AMG bersaiz 10.25 inci bersama sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Tidak ketinggalan lampu ambien, perkhidmatan me connet Mercedes, ketersambungan Android Auto, Apple CarPlay serta sistem bunyi Burmester.

Dari segi keselamatan, GLB 35 4MATIC dilengkapis sistem bantuan pengekalan Lorong, bantuan brek aktif, Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, Pre-Safe, pemantau tekanan tayar dan pintu ruang belakang Easy-Pack.  

GALERI

Google ads
Back to top button