
INDONESIA SASAR 2 JUTA MOTOSIKAL ELEKTRIK MENJELANG 2025. MAHU BINA STESEN SWAP BATERI
Menteri pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi melihat industri motosikal Indonesia sebagai peluang untuk mempercepatkan perubahan daripada ICE kepada elektrik, seterusnya mensasarkan dua juta kenderaan dua roda elektrik di jalan raya Indonesia menjelang 2025.
Meskipun Indonesia dan negara di Asia Tenggara yang lain menjadikan motosikal sebagai kaedah pengangkutan utama, namun tidak mudah mencapai sasaran tersebut. Ini kerana di Indonesia, halangan utama pastinya dari segi infrastruktur.
Antara pertimbangan utama harus dibuat adalah membina stesen pengecas lebih banyak di Indonesia jika ingin merealisasi penggunaan elektrifikasi. Tetapi dalam pada masa yang sama, Indonesia juga sedang melihat stesen swap bateri.

Stesen swap bateri adalah idea lebih mudah dilaksanakan di negara seperti Indonesia di mana majoriti rakyatnya menggunakan motosikal. Stesen swap bateri boleh berfungsi di tempat yang mengutamakan motosikal kerana ia berkuasa rendah berbanding kereta elektrik.
Di China, mereka juga ingin mengambil pendekatan yang sama. Sekiranya ia berhasil dilakukan pada kereta elektrik, ia akan mengubah pendekatan pengeluar global seperti Volkswagen.
NIO telah mengusahakan teknologi swap bateri, serta merancang untuk mencubanya di Eropah. Malah ia sudah mempunyai sekurang-kurangnya satu stesen pertukaran di Norway. Namun, sama ada ia akan berjaya atau akan dibawa ke UK (baru-baru ini melabelkan China sebagai “ancaman”) masih belum ada kepastian.
- BACA: KERETA API KELAJUAN TINGGI INDONESIA 90% SIAP. 350KM/J, JAKARTA-BANDUNG 40 MINIT SAHAJA
- BACA: BMW CE 04 MULA MASUKI PASARAN INDONESIA – BILA PULA GILIRAN MALAYSIA
- BACA: INDONESIA RANCANG NAIKKAN HARGA BAHAN API, KAWAL SUBSIDI YANG MELONJAK
- BACA: TOYOTA ALPHARD JADI-JADIAN, SKORPIUS AS100 BAKAL DEBUT DI INDONESIA