Buletin

KERETA API KELAJUAN TINGGI INDONESIA 90% SIAP. 350KM/J, JAKARTA-BANDUNG 40 MINIT SAHAJA

Indonesia bersedia untuk memulakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara. Kereta api berkelajuan tinggi tersebut membolehkan masa perjalanan antara dua bandar dikurangkan daripada tiga jam kepada kira-kira 40 minit.

Laluan kereta api yang menghubungkan Jakarta dan Bandung itu adalah sebahagian daripada inisiatif insfrastruktur Inisiatif Jalur dan Jalan China.

Projek rel Jakarta-Bandung itu hampir siap dengan kadar 90 peratus. Jokowi juga berharap kereta api berkelajuan tinggi itu boleh memberi manfaat kepada sektor lain.

Kereta api itu direka dan dibina oleh syarikat kereta api CRRC Qingdao Sifang China. Eksport pertama CRRC kereta api berkelajuan tinggi tersebut melibatkab 11 kereta api untuk kereta api lapan gerabak KCIC400AF dan satu kereta api pemeriksaan KCIC400AF-CIT.

Kontrak bernilai AS$364.5 juta (RM17 bilion) itu telah diberikan kepada CRRC pada April 2017.

Pembinaan landasan kereta api yang bermula pada 2016 pada asalnya dijangka mula beroperasi pada 2019 tetapi tertangguh sehingga Jun 2023 berikutan pertikaian melibatkan pembelian tanah dan isu alam sekitar.

Kereta api sepanjang 142.3 kilometer bernilai AS$7.8 bilion (RM36.6 bilion) sedang dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia-China atau PT KCIC, usaha sama di antara konsortium Indonesia, empat syarikat milik kerajaan dan China Railway International Co. Ltd.

Kereta api KCIC400AF boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam. Ia mampu melepasi selekoh dengan jejari minimum 150 meter dan dilengkapi dengan motor elektrik yang setiap satunya berkuasa 625,000 watt.

Ia dibahagikan kepada tiga kelas iaitu VIP, pertama dan kedua. Beberapa gerabak dengan ruang yang besar antara tempat duduk turut disediakan.

Kereta api itu diubah suai secara khusus untuk disesuaikan dengan iklim tropika Indonesia. Selain dilengkapi sistem keselamatan yang dipertingkatkan supaya dapat mengesan gempa bumi, banjir dan kecemasan lain.

Kerajaan Indonesia kini juga sedang menyiapkan projek rel lain, termasukkag perkhidmatan transit aliran ringan di Palembang dan Jakarta. Sementara di lima bandar lain, termasuk di pulau pelancongan Indonesia, Bali, wujud rancangan untuk membina perkhidmatan LRT.

Google ads
"
"
Back to top button