Buletin

ROLLS-ROYCE SILVER GHOST COLLECTION – 35 UNIT SAHAJA DI SELURUH DUNIA

Rolls-Royce ‘Silver Ghost’ disifatkan sebagai kenderaan yang mengukuhkan lagi reputasi Rolls-Royce sebagai ‘Kereta terbaik di dunia’.

Bagi meraikan warisan tersebut, Rolls-Royce telah menghasilkan koleksi terhad ‘Silver Ghost Collection’. Hanya 35 unit ditawarkan di seluruh dunia, jenama ultra mewah itu menerbitkan sebuah filem khas untuk menunjukkan keanggunan model tersebut.

“Kami sangat berhati-hati dalam menghasilkan model ini. Ia melibatkan penghasilan komponen dalaman dan luaran oleh pakar menggunakan tangan.

“Sekali gus mencipta satu koleksi yang cukup luar biasa,” kata Pengurus Produk Ghost, Rolls-Royce Motor Cars, Matthew Butt.

Maniatur Spirit of Ecstasy itu diperbuat daripada sterling-perak, kemasan tembaga dan pelbagai ciri lain membuatkan Silver Ghost Collection sangat istimewa.

Google ads
Back to top button