Buletin

INI BUKAN POKEBALL POKEMON, INI EV MICROLINO MICRO. HARGA RM58,522

Membuka tirai 2021, Microlino telah melengkapkan prototaip terbaharunya dan dijangka memulakan pengeluaran menjelang hujung tahun ini.

Melalui gambar yang didedahkan, ia telah menukar kerangka tubular prototaip 1.0 dengan kerangka lebih kukuh dan selamat.

Biarpun, terdapat ciri-ciri utama yang masih dipadankan pada kenderaan itu seperti bar lampu LED di bahagian hadapan tetapi ia merupakan rupa bentuk struktur kenderaan yang bakal memasuki produksi kelak.  

Microlino juga akan mula menyiapkan proses pembikinan komponen-komponen EV comel itu dalam masa terdekat.

Pada bulan Jun, syarikat terbabit akan memastikan proses pengesahan homologate kenderaan yang dijangka memakan masa antara dua hingga tiga bulan di Eropah.

Produksi dijangka akan bermula pada bulan September tahun ini selepas proses homologate lulus. Ia dijangka memegang tag harga AS$14,500 (RM58,522). -agensi

Google ads
Back to top button