Buletin

TOYOTA PERKENAL EV KOMPAK 2 TEMPAT DUDUK TAHUN 2022. 100KM SEKALI CAJ, SASAR JUAL 100 UNIT DAHULU

Toyota Motor dilapor akan memperkenalkan kenderaan elektrik kompak dua tempat duduk tahun depan. Sasaran awal jualan sebanyak 100 unit EV itu adalah untuk pemilik perniagaan dan kerajaan tempatan.

Pengenalan tersebut dilihat selari dengan rancangan kerajaan Jepun untuk menjadikan semua kenderaan baharu adalah EV atau hibrid menjelang pertengahan tahun 2030-an.

Ia juga bakal memberi pengaruh ke atas strategi pengeluar kenderaan Jepun yang lain. Toyota menjangkakan wujud permintaan terhadap EV bagi kegunaan jarak pendek dan kawasan berbukit. Jualan untuk orang awam dijadual bermula sekitar tahun 2023.  

Kereta itu diklasifikasikan sebagai kei-kar ultra kecil. EV baharu itu dijangka ditawarkan pada harga 1.6 juta yen (RM ) sehingga 1.7 juta yen, termasuk subsidi. Jentera tersebut dikatakan mampu menawarkan jarak sehingga 100km dengan sekali caj.

EV berkenaan dilengkapi bateri lithium-ion yang dihasilkan oleh Prime Planet Energy & Solutions, sebuah syarikat Kerjasama di antara Toyota dan Panasonic. Dengan nisbah pusingan yang kecil, kereta itu direka agar mudah dipandu di kawasan bandar dan berbukit.

Tahun ini, Toyota melancarkan model EV komersial pertamanya, Lexus UX300e di pasaran China dan Eropah. Ia turut dijual dalam jumlah terhad, cuma 135 unit di Jepun.

Toyota kini berdepan tekanan daripada kerajaan Jepun untuk membangunkan EV dan model baharu bagi menggantikan kenderaan kecil yang dikuasakan oleh enjin bahan api fosil.

Para penganalisis kini fokus bagaimana anak syarikat Toyota seperti Daihatsu dan Suzuki memberi maklum balas terhadap permintaan ke atas EV. Tetapi, dengan teknologi EV yang dimiliki oleh Toyota, mungkin teknologi sama akan digunakan oleh Daihatsu dan Suzuki. – Nikkei Asia

Google ads
Back to top button