Buletin

INI CARA PERODUA PASTIKAN PRODUKSI ALAT GANTI TIDAK SANGKUT, KALAU PEMBEKAL KENA COVID-19

Penularan wabak COVID-19 nyata memberi cabaran baru kepada pengeluar kenderaan di seluruh dunia dan Perodua tidak terkecuali. 

Jadi, bagi memastikan produksi kereta tidak tersangkut sekiranya ada kakitangan di syarikat pembekal komponen disahkan positif COVID-19, Perodua telah mengambil langkah yang proaktif. 

“Sebagai contoh, kalau pembekal yang buat stamping parts kena COVID-19, dalam masa 24 jam kami akan memindahkan peralatan dan mesin ke pembekal yang lain. Saya gembira kerjasama daripada pembekal sangat bagus dan mereka sedia untuk menyokong antara satu sama lain.  

“Mereka tidak kisah untuk gunakan kapasiti sendiri kepada pembekal lain. Maka, produksi alat ganti boleh dimulakan semula dalam tempoh 24 jam. Ia melibatkan beberapa komponen macam stamping dan plastik. Tetapi, kerjasama ini tidak melibatkan komponen yang lebih kompleks seperti penyerap hentak kenderaan dan wire harness. 

“Mereka juga tidak cakap pasal harga dan sebagainya. Bagi pembekal, pengeluaran menjadi keutamaan nombor satu. Ini kerana kalau mereka tidak tolong, barang yang mereka hasilkan pun tak boleh bergerak. Perodua sudah melaksanakan langkah ini ke atas beberapa pembekal,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. 

Dari segi pekerja pula, Zainal memberitahu Perodua mempunyai sekitar 70 orang kakitangan yang mempunyai kemahiran berbeza. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk dihantar dan membantu pembekal yang terjejas sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu. 

Google ads
Back to top button