Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS PERODUA AXIA 2023, HARGA SERVIS RAHMAH

Perodua Axia serba baru telahpun selamat dilancarkan pada umum pada 14 Februari yang lepas dan telah menerima tempahan yang sangat luar biasa. Seperti yang kita tahu Perodua Axia merupakan kenderaan kompak yang disasarkan untuk pembeli pertama yang mahukan sebuah kenderaan mampu milik.

Seperti biasa kami akan melihat dan menilai kos penyelenggaraan Perodua Axia 2023 berdasarkan jarak pemanduan sehingga 100,000km.

1. 10,000km pertama – merupakan kos yang paling rendah semasa penyelenggaraan Perodua Axia 2023 dimana pemilik hanya perlu membayar RM 156.20 sahaja (untuk Semenanjung Malaysia). Kos ini meliputi penukaran 3 liter minyak enjin 0W-20 API SN Sintetik Penuh (RM 140.50), penapis minyak enjin (RM 11.90) dan drain plug gasket (RM 3.80)

2. 20,000km -untuk servis kedua, kos ini akan meningkat kepada RM 297.67. Ini kerana pemilik perlu menukar tambahan alat ganti seperti palam pencucuh (RM 45.30 satu set), penapis penyaman udara (RM 24.20), membayar kos buruh (RM 67.90) dan SST (RM 4.07). Kos ini adalah sama ketika servis 60,000km

3. 30,000km – kos servis akan berkurang kepada RM 208.14 dan merupakan servis normal untuk Axia. Kos ini adalah sama pada kilometer 50,000km, 70,000km dan 90,000km

4. 40,000km – sama seperti mana-mana kereta, servis major akan dibuat pada ketika ini dan merupakan servis berulang pada 80,000km. Antara komponen yang perlu diganti termasuklah penapis udara enjin (RM 57.00), palam pencucuh, dan penapis penyaman udara

Pada ketika ini juga cecair hidraulik sistem brek akan digantikan sebanyak 500ml dengan kos RM 33.00. Kos keseluruhan servis major ialah RM 395.84 termasuk SST dan kos buruh

5. 100,000km – pada ketika ini cecair hidraulik DCVT akan digantikan dengan kos RM 97.50, palam pencucuh, drain plug gasket DCVT (RM 3.80), dan juga penapis penyaman udara. Dengan kos buruh menjadi RM 72.80, kos keseluruhan untuk perbatuan 100,000km menjadi RM 404.17

6. Kos ini tidak termasuk kos servis penyaman udara yang biasa dicadangkan untuk dibuat pada setiap 30,000km. Kami mencadangkan anda mengambil servis tersebut bagi menjaga komponen penyaman udara seperti pemampat yang sememangnya tidak murah

7. Kos di atas juga tidak termasuk kos penjajaran tayar, imbangan tayar dan rotation tayar. Dengan menggunakan saiz 14 inci, harga tayar masih lagi rahmah dengan harga anggaran permulaan sekitar RM 130 bagi cap ayam, sekitar RM 160 bagi jenama yang dipercayai dan menjangkau RM 200 bagi jenama terkenal

8. Lain-lain kos seperti pelapik brek, penyerap hentakan depan belakang serta absorber mounting akan dikemaskini dalam masa terdekat dalam artikel ini

9. Kos keseluruhan penyelenggraan berkala yang wajib dibuat bagi mengekalkan jaminan kenderaan Perodua selama 5 tahun atau 100,000km ialah RM 2779.95 sahaja. Kos ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan telefon dengan logo buah

Google ads
Back to top button