Buletin

INI PERUBAHAN PERINGKAT AKHIR KIA STINGER – TIDAK MUDAH DAN MENGUJAKAN

Kia Stinger sejak dipamerkan pada Pameran Automotif Antarabangsa Amerika Utara 2017 berjaya menarik perhatian tentang satu lagi tahap keupayaan kejuruteraan syarikat dari Korea Selatan itu.

Kia Stinger diuji di pelbagai lokasi serata dunia, di atas jalan raya biasa dan juga trek lumba supaya prestasi, ketahanan dan dinamik setara dengan rekabentuknya yang menyerlah.

Kia Stinger bukanlah kereta penumpang biasa, ia berada dalam segmen GT atau gran turismo. Ini apa yang dikatakan oleh Ketua Rekabentuk Kia Motor Eropah, Gregory Guillaume.

“Kia GT baharu ini adalah kereta gran turismo sejati untuk perjalanan jauh dengan berkuasa. Tetapi ia bukan semata-mata kereta yang ada kuasa, pemanduan dinamik dan penggayaan ekstrem dengan kompromi pada kemewahan dan keselesaan. Kereta ini bukan setakat siapa yang sampai dulu ke destinasi, ia adalah mengenai perjalanan, ia adalah mengenai kesungguhan dan semangat.”

Memandangkan Stinger adalah sebuah kereta dengan bentuk fastback, pereka dan pakar aerodinamik Kia telah bekerjasama dalam menyempurnakan kereta ini.

Kereta dengan rekabentuk fastback biasanya mempunyai ekstra cabaran dalam mengoptimumkan ciri-ciri aerodinamik berbanding kereta biasa. Untuk itu, pereka dan pakar aerodinamik telah berkerja secara rapat bagi mereliasasikan bentuk badan unik yang dimahukan.

Berikut ialah ringkasan kerja-kerja akhir dan perubahan rekabentuk Kia Stinger:

  • Pusat R&D Kia di Frankfurt menggunakan perisian CFD untuk ujian dan validasi pelbagai idea dalam menambah baik profail aerodinamik kereta dan mengekalkan bentuk fastback
  • Selepas empat minggu pereka dan jurutera bekerjasama, beberapa perubahan telah dilakukan bagi menambah baik aliran udara kereta
  • Bentuk badan kini lebih tirus pada bahagian belakang
  • Insang baharu diletakkan pada belakang arca roda depan dengan setiap satu berfungsi untuk mengurangkan pergolakan apabila udara melalui sisi kereta
  • Penutup separa rata dipasangkan di bawah kereta dan terus ke peresap belakang – Ia bagi mengurangkan seretan (drag) di bawah kereta
  • Spoiler belakang dibentuk semula dengan sedikit menaik ke atas – Ia bagi mengurangkan angkutan udara (lift) dan meningkatkan tahap kestabilan pada kelajuan tinggi
  • Pada bahagian depan, corong penyejukan udara berbentuk horizontal yang lebih besar diperkenalkan bagi mengoptimumkan penyejukan brek
  • Liang udara pula dibentuk untuk mengurangkan daya angkut bahagian depan
  • Selain itu, pakar aerodinamik mendapati dengan mengurangkan ketinggian bumbung belah belakang, mereka dapat menambah baik bentuk ‘aerofoil’ fastback itu dan pada masa sama dapat memperbaiki kecekapan aerodinamik Stinger

Dan selepas rekabentuk dimuktamadkan, barulah Kia Stinger sedia untuk diuji di atas jalan raya buat kali pertama.

Ini pula berita pelik tentang Kia Stinger: MEMANG ANEH – KIA STINGER TIDAK AKAN DIJUAL SEBAGAI KIA DI KOREA

Google ads
Back to top button