Motosikal

HONDA DEDAH DUNK 2022 DI JEPUN. 3 WARNA PILIHAN, RM8,306 SEUNIT

Honda melancarkan skuter terbaharu Dunk 2022 di pasaran Jepun.

Model terbaharu itu didatangkan dengan tiga warna pilihan biru (Matte Jeans Blue), kelabu (Pearl Deep Mud Gray) dan hitam (Matte Ballistic Black Metallic).

Dunk 2022 yang dijual secara eksklusif di Jepun ditawarkan pada harga AS$1,980 (RM8,306).

Skuter itu mendapat sentuhan rekaan yang ringkas dan neutral sekali gus menyerlahkan lagi penampilan berkualiti tinggi.

Ia didatangkan lampu hadapan yang besar dipadankan dengan badan skuter dalam memberi penampilan kesederhanaan.

Dunk yang merupakan pengangkutan mesra bandar dilengkapi ruang sarung tangan pada bahagian kiri dengan aksesori soket untuk pengecasan dan peranti lain.

Selain itu, skuter tersebut didatangkan ruang simpanan berkapasiti 500 ml pada bahagian kanan dan penyangkut besar di bahagian tengah membolehkan penunggang membawa beg dengan selesa ketika menungggang.

Bahagian bawah pelana pula, terdapat ruang simpanan 23 liter yang mampu menyimpan helmet dan bagasi.

Dunk 2022 mendapat khidmat enjin empat lejang silinder tunggal 49cc SOHC yang mampu menjana kuasa 4.5 [email protected],000 rpm.

Skuter terbaharu itu dibekalkan tangka bahan api berkapasiti 4.5 liter. –rideapart

Google ads
Back to top button