Buletin

ISUZU UK DAN WELSH RUGBY UNION SAMBUNG KERJASAMA LAGI SEHINGGA TAHUN 2025

Isuzu UK dengan bangganya mengumumkan pembaharui perkongsia kerjasamanya dengan Welsh Rugby Union (WRU) sebagai Pembekal Rasmi untuk tahun 2023 hingga 2025. Kerjasama yang menarik ini mengukuhkan lagi komitmen Isuzu untuk menyokong sukan ragbi dan mengukuhkan dedikasinya kepada masyarakat Wales khususnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Isuzu UK telah menjadi sebahagian daripada komuniti ragbi di Wales, membolehkan pasukan itu menganjurkan aktiviti ragbi yang luar biasa di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada perkongsian, Isuzu akan membekalkan dan menghantar rangkaian besar model pikap Isuzu D-Max yang akan memainkan peranan penting dalam menyokong jabatan komuniti WRU.

Kenderaan  pikap yang boleh dipercayai ini akan memudahkan serta melancarkan semua aktiviti ragbi ke seluruh pelusuk Wales sekali gus mengukuhkan lagi sumbangan Isuzu kepada pertumbuhan dan pembangunan sukan di rantau ini. Perkongsian itu juga akan membolehkan jenama itu mempamerkan ketahanan, kebolehpercayaan dan keselamatan pikap Isuzu D-Max kepada peminat ragbi dan khalayak yang lebih luas.

George Wallis, Ketua Pemasaran, Isuzu UK, mengulas “Perjanjian terbaru ini bermakna jenama Isuzu akan terus dikaitkan dengan WRU selama lapan tahun. Ragbi adalah bahagian budaya kehidupan Wales, dan kami gembira untuk meneruskan hubungan kami dengan institusi yang berkongsi nilai kebolehpercayaan, ketabahan dan komitmen kami. Kami menantikan kejayaan masa hadapan kelak di atas padang.”

Pengumuman baharu ini melanjutkan hubungan sedia ada antara WRU dan Isuzu UK yang telah pun bermula semenjak tahun 2017 lagi yang mana di kala itu mereka melakarkan perjanjian selama empat tahun, yang menjadi perjanjian terbesar oleh WRU. Perjanjian tersebut menyaksikan logo Isuzu terpampang di bahagian hadapan jersi untuk pasukan lelaki dan wanita sehingga ke tahun 2021.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali Isuzu sebagai Pembekal Rasmi kepada Kesatuan Ragbi Welsh,” kata Nigel Walker, Ketua Pegawai Eksekutif sementara WRU. “Kami mempunyai sejarah kerjasama yang berjaya bersama-sama, dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang ada pada dua tahun akan datang dengan Isuzu,” tambahnya.

Komitmen yang diperbaharui antara Isuzu dan Kesatuan Ragbi Wales menandakan satu peristiwa penting dalam perkongsian mereka yang berkekalan, menjanjikan urus niaga yang menarik di masa hadapan sambil mereka terus menyatukan nilai dan semangat mereka untuk sukan ini.

Barulah kena kan imej lasak pikap Isuzu dengan sukan ragbi n ikan?

BACA : ISUZU D-MAX ARCTIC TRUCKS AT35, GANAS WEH!

BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK

Google ads

B K

Back to top button