
CATL LANCAR BATERI LFP BAHARU – SUPERFAST SHENXING, SOKONG PENGECASAN 4C
Pembekal bateri kepada Tesla, CATL, baru-baru ini melancarkan bateri lithium iron phosphate (LFP) baharu yang dipanggil sebagai Superfast Shenxing.
Menurut laporan, bateri berkenaan bakal memulakan pengeluaran besar-besaran penghujung 2023 dan boleh didapati secara komersial pada suku pertama 2024.
Shenxing menampilkan anod grafit, formulasi elektrolit baharu selain, dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri (BMS) baharu.

CATL mendakwa bahawa bateri Shenxing sesuai untuk sebarang jenis kenderaan dan pembuat EV pertama yang akan menggunakannya ialah Avatr.
Bateri LFP membolehkan kenderaan elektrik mencapai jarak gerak sehingga 700km dan menurut CATL, Superfast Shenxing berupaya menambah sehingga 400km jarak dalam 10 minit.

Tambahnya lagi, Superfast Shenxing adalah bateri LFP pertama di dunia yang menyokong pengecasan 4C.
Selain itu, bateri Shanxing berkenaan boleh dicas sehingga 80 peratus dalam 30 minit, walaupun pada suhu -10°C.
“Kami berharap Shenxing akan menjadi produk standard yang tersedia untuk setiap kenderaan elektrik,” kata CTO unit EV CATL, Gao Han.






