Buletin

iXOOST PERKENALKAN SISTEM AUDIO MEWAH, EKSLUSIF UNTUK PASARAN TEMPATAN

Kehadiran sistem audio iXOOST di Malaysia bakal membawakan gabungan unik seni pembuatan Itali dan legasi sukan permotoran dalam pasaran tempatan.

Setiap sistem audio iXOOST adalah sebuah karya seni buatan tangan yang sangat teliti untuk memberikan pengalaman audio berkualiti kepada pengguna.

Sejarah jenama ini yang berakar umbi daripada dunia supercar, dapat dilihat pada reka bentuk produknya, menggabungkan komponen asli daripada automobil ikonik.

Direka untuk kemewahan dan eksklusif, iXOOST menawarkan lapan produk yang boleh anda dapatkan, antaranya;

ESAVOX Automobili Lamborghini

Sistem bunyi mewah yang dihasilkan daripada ekzos original Lamborghini, ESAVOX menampilkan casis monokok karbon, sistem penyerap getaran pasif dan subwufer 10-inci dengan sensitiviti tinggi.

Tiga amplifiers 400 Watt yang disepadukan bersama teknologi Bluetooth 5.0 Apt-X™ dilengkapi dengan reka bentuk automotif yang luar biasa.

ESAVOX boleh didapati dalam beberapa kombinasi warna paling ikonik Lamborghini:

  • Green Gea
  • Grey Keres Matte
  • Orange Anthaeus
  • Red Epona
  • Blue Uranus
  • White Siderale

AVALÁN Automobili Lamborghini

AVALÁN menggandingkan ekzos original Lamborghini Huracán Tecnica dengan jeriji heksagon untuk memberikan kualiti audio berprestasi tinggi.

Amplifier kelas D 80-Watt menjanakan dua tweeter satu-inci dan dua pemacu lima-inci, menghasilkan pengalaman audio yang mewah.

AVALÁN juga boleh didapati dalam kombinasi warna ikonik Lamborghini iaitu Viper Green Shiny – Contrast Bianco Isi Shiny, Blu Aegeus Matt – Contrast Blu Astraeus Matt dan Bianco Asopo Shiny – Contrast Viper Green Shiny.

AMG Performance Luxury Audio

AMG Performance Luxury Audio adalah sistem hi-fi pertama dan satu- satunya di dunia yang membawa jenama AMG.

Sistem ini dilengkapi dengan monokok gentian karbon, jeriji aluminium, reka bentuk ekzos AMG GT, serta rangkaian dinamik dua woofer, empat tweeter dan dua pantulan bass untuk pengalaman audio menyeluruh.

Pirelli P ZERO™ Sound

Dilahirkan hasil daripada kerjasama unik antara iXOOST dan pengeluar tayar Formula 1, Pirelli, sistem ini menampilkan mid-woofer 130mm, tweeter sutera 25mm, yang terdapat dalam tayar F1™ sebenar.

Selain itu, bagi mereka yang lebih menggemari dimensi lebih kecil, terdapat model skala tayar terowong angin terkenal rekaan Pirelli Design.

Pirelli P ZERO™ Sound tersedia dalam tiga warna berbeza iaitu kuning, merah dan putih, semuanya digunakan dalam rangkaian tayar Pirelli F1® untuk membezakan sebatian bagi perlumbaan yang berlainan.

XiLO

XiLO menampilkan casis monokok kayu dan aluminium, dilengkapi dengan pancarongga ekzos buatan tangan serta dikuasakan oleh amplifier 2X100 + 1X200 Watt.

Pengguna boleh menstrim fail muzik daripada telefon pintar, tablet dan komputer menggunakan teknologi Bluetooth aptX™, di mana ia mampu menukarkan bunyi secara serta merta bagi menghasilkan semula audio asalnya.

Radial 6

Reka bentuk sistem ini, diilhamkan oleh unsur-unsur tipikal dunia aeronautik, menampilkan gabungan unik tweeter, midrange dan woofer.

Satu aspek menarik reka bentuk Radial 6 adalah penampilan pembesar suaranya yang sempurna.

Kedudukannya yang sedikit condong ke belakang mempunyai tujuan penting iaitu untuk mengedarkan bunyi secara seragam di sekeliling dok, menyumbang kepada reka bentuk tiga dimensi.

Disokong dengan kedudukan tweeter diletakkan bersebelahan, audio dihasilkan adalah lebih seimbang dengan efek stereofonik yang optimum.

KUBO Abarth 595 dan KUBO Abarth 695

Abarth adalah sebuah sistem hi-fi, menggabungkan pembesar suara Bluetooth™ tercanggih serta disambungkan ke replika ekzos Record Monza dan direka untuk meraikan rekod kelajuan dicatatkan oleh Carlo Abarth di litar bersejarah Itali.

Untuk rekod, varian edisi terhad 695 juga didedikasikan sempena ulang tahun ke-70 Scorpion.

Sistem ini dilengkapi dengan tweeter kubah mikrofiber dan satu pembesar suara mid-range, semuanya dikuasakan oleh amplifier 1×100 Watt.

Bluetooth Speaker Helmets

Topi keledar unik dan boleh diperibadikan serta telah diuji dalam kondisi ekstrem ini, bukan sekadar barangan koleksi tetapi juga sistem audio dengan kejelasan tinggi, menyepadukan komponen audio canggih dalam reka bentuk yang padat.

Produk pertama dalam siri ini adalah DOVI # 04 SOUND, pembesar suara Bluetooth yang diperbuat daripada topi keledar original perlumbaan SR-GP, dihasilkan oleh Suomy untuk penunggang Moto GP, Andrea Dovizioso.

Dalam kerjasama berasingan bersama Bell Helmets® dan dengan kebenaran keluarga Hunt, iXOOST turut mencipta pembesar suara Bluetooth dalam topi keledar original juara dunia Formula 1 1976, James Hunt.

Rangkaian penuh produk iXOOST dikonfigurasi mengikut pesanan bagi memastikan pengalaman eksklusif untuk setiap pelanggan, dan kini tersedia untuk tempahan mulai hari ini.

Oleh sebab pesanan produk bersifat boleh diperibadikan, tempoh pengeluaran dijangka mengambil masa selama tiga hingga empat bulan.

Untuk harga pula, harga adalah berbeza mengikut model individu, antara RM80,000 hingga RM240,000.

Mulai Disember 2023, pelanggan boleh melihat dan menikmati sistem audio iXOOST di Hoe Huat Electric Sdn Bhd, yang terletak di Lot F-01 hingga F-03, Tingkat Satu, Encorp Strand Mall, 47810 Petaling Jaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iXOOST di Malaysia, sila layari: https://www.ixoost.my

GALERI:

Google ads
Back to top button