Buletin

AVETA RANGER MAX EXPLORER RASMI DILANCARKAN – JANA 10HP, HARGA BERMULA RM6.9K

Aveta Malaysia Sdn.Bhd hari ini secara rasmi melancarkan Ranger Max Explorer untuk pasaran Malaysia.

Sebagai cub pertama pertama di Malaysia, jentera ini tampil dengan gaya retro moden.

Dari segi penggayaan, ia didatangkan bersama elemen lampu hadapan, cermin sisi bulat, skrin digital LED, lampu belakang bersepadu dengan lampu penunjuk serta diserlahkan lagi melalui rim berbilang jari.

Ranger Max Explorer tiba dengan dua pilihan warna iaitu Sierra Yellow dan Forest Green.

Menurut Aveta, jentera ini menampilkan rangka T-Bone berganda dengan reka bentuk yang dipatenkan khusus untuk Ranger Max Explorer.

Tambahnya lagi, ia bukan hanya sesuai untuk perjalanan santai di atas jalan tetapi juga mampu meredah laluan sukar.

Perincian lain termasuklah dipadankan dengan hendal yang tinggi, tempat duduk pada ketinggian 760mm, dengan kelegaan tanah 180mm sementara kedudukan footpeg pula boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna.

Selain itu, jentera ini dibekalkan tangki 8.5liter termasuk, dilengkapi penyerap hentakan yang panjang di hadapan dan jenis gas di belakang.

Beralih kepada kuasa, Ranger Max Explorer dipacu oleh enjin 127cc SOHC, berupaya menghasilkan 10hp dan 10.5Nm tork.

Untuk harga, jentera ini boleh dimiliki pada harga RM6,988 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Aveta Malaysia turut menawarkan jaminan waranti dua tahun atau 20,000km, mana-mana yang lebih dahulu dari tarikh pembelian.

GALERI:

Google ads
Back to top button