Buletin

JAM MEJA REPLIKA BATMOBILE RM121K!!!

Kross Studio melancarkan koleksi Batman sebagai sebahagian daripada kolaborasi bersama dengan Warner Bros.

Kerjasama tersebut memberi penghormatan kepada salah satu kereta paling ikonik dalam sejarah komik iaitu The Batmobile.

Model yang menjadi pilihan dan inspirasi dalam pembikinan jam meja pertama Kross Studio merupakan jentera dari filem Batman 1989 arahan Tim Burton.

Menariknya tentang jam meja ini yang memiliki rekaan sama seperti jentera Batmobile dalam filem 1989, ia terhad kepada 100 unit sahaja malah dijual pada harga AS$29,000 (RM 121,767).

Selain itu, pembikinan jam meja ini menggunakan sehingga 512 komponen merangkumi 115 pada bahagian badan dan 397 digunakan untuk pergerakan jam terbabit.

Pada kebiasaannya, jam tradisional menggunakan 130 bahagian komponen sahaja untuk pergerakan.

Bahagian badan menggunakan komposit aluminium berwarna hitam dengan dipadankan lapisan pelindung kalis calar aeronautik dalam pembentukan Batmobile tersebut.

Rekaan paparan jam dan minit pula secara mendatar dengan menggunakan dua silinder manakala pengatur menegak diserlahkan melalui turbin di bahagian hadapan kereta.

Batmobile eksklusif ini dilengkapi enjin berkuasa mekanikal buatan khusus yang memiliki rizab kuasa sehingga 30 hari. – agensi.

Google ads
Back to top button