" "
Artikel Pilihan

DENGAN HARGA KURANG RM4 JUTA, REPLIKA BATMOBILE INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA

Kalau anda seorang yang betul-betul kaya ini mungkin sebuah kereta yang sesuai dijadikan koleksi anda. Dengan harga RM3.6 juta, anda berpeluang untuk memiliki kenderaan paling ikonik di dunia, Batmobile. Bukan replika main-main buat dengan kadbod tapi yang ini memang berfungsi sepenuhnya.

Kereta istimewa ini kini diiklankan untuk jualan di laman Auto.ru sebagai sebuah model terpakai dengan perbatuan hanya 120 kilometer (dah macam kereta kat showroom). Enjinnya kami tidak pasti tetapi ia merupakan enjin petrol 5.0L dan mampu menghasilkan 502 hp kuasa berdasarkan iklan. Dari segi rupa paras pula, ianya sebijik sama macam model yang digunakan dalam filem Batman vs Superman.

Kuasa disalurkan ke tayar belakang menggunakan kotak gear automatik. Apa? Tak gentleman la memandu menggunakan dua pedal. Banyaklah korang, ini kereta superhero tahu. Mana sempat Batman nak memandu sambil melawan penjahat dah tu nak tukar-tukar gear secara manual, kan?

Ciri-ciri lain termasuklah roda stereng yang boleh ditanggalkan, pintu bukaan automatik berkuasa elektrik dan cermin tingkap kalis peluru. Selain daripada itu ia juga didatangkan dengan kamera visi malam, thermal imaging dengan fungsi zoom 255X dan mesingan palsu tetapi lengkap dengan simulasi tembakan di bahagian depan. Cool betul.

Tak cukup lagi? Bukan itu saja bang, Batmobile ini juga cukup selesa sebenarnya kerana dilengkapi dengan tempat duduk sports, hiasan lampu dalaman, Alcantara, sat nav, Bluetooth, stereng kuasa, akses bebas kunci dan kawalan penyaman udara automatik. Tidak lupa lupa punca kuasa USB yang merupakan satu keperluan dalam menyelamatkan dunia dari penjenayah-penjenayah gila.

Untuk sebuah kereta yang cuma ada sebuah di dunia ini (yang kami tahu untuk dijual la), harganya memang sangat berbaloi kerana spesifikasinya memang cukup lengkap. Bukan itu sahaja, ia memang kelihatan seperti baru sahaja keluar dari skrin panggung dan cukup realistik berbanding rekaan replika lain yang pernah dihasilkan.  

Google ads
Back to top button