Buletin

JAM TANGAN BUGATTI CHIRON SAPPHIRE CRYSTAL. SEUTAS SAHAJA, RM6.3 JUTA

Sejak beberapa tahun lalu, Jacob & Co dan Bugatti telah menjalin kerjasama untuk menghasilkan koleksi jam tangan yang diinspirasikan daripada Chiron.

Kini, koleksi terbaharu tampil untuk dibeli oleh golongan hartawan. Dikenali sebagai Bugatti Chiron Blue Sapphire Crystal, jam tangan itu mempunyai ciri yang sama seperti jam tourbillon keluaran mereka.    

Sebagai contoh, ia hadir dengan replikas enjin quad turbo W16 bersesaran 8.0 liter Chiron. Ombohnya boleh bergerak dan pengecas turbo berpusing.

Apa yang membezakannya ialah kerangka jam tangan berkenaan diperbuat sepenuhnya daripada nilam kristal. Material tersebut mengambil masa berbulan-bulan untuk diproses menggunakan mesin berteknologi tinggi dan digilap menggunakan tangan. Nilam itu kemudian ditinted dengan warna biru.

Dilihat dari belakang, jam tangan itu menampilkan 578 komponen yang dipasang teliti dan membentuk mekanismanya. Sebanyak 51 batu permata juga boleh dilihat dengan jelas.

Satu lagi perincian ialah satu simpanan kuasa yang diinspirasikan daripada tolokbahan api Chiron dan tiga crown nilam.

Jam tangan itu juga didatangkan dengan sistem perlindungan hentakan Jacob & Co, kemasan emas merah 18 karat, tali getah dan kancing emas merah 18 karat. Hanya seutas dihasilkan dan 120 jam diperlukan untuk menyiapkannya.

Kalau berminat, Bugatti Chiron Blue Sapphire Crystal boleh dibeli pada harga AS$1.5 juta (RM6.3 juta) sahaja.

Google ads
Back to top button