Buletin

PANDU 417KM/J DI AUTOBAHN, PEMILIK BUGATTI CHIRON BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 2 TAHUN 

Polis Saxony-Anhalt, Jerman dilapor telah memfailkan dakwaan ke atas pemilik Bugatti Chiron, Radin Passer yang merakam dirinya memandu selaju 417km/j di lebuh raya Autobahn.

Jika sabit kesalahan, Passer boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun. 

Dalam video yang dirakam tahun lalu, Passer mendakwa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga demi memastikan pemanduannya selamat dengan memilih laluan lurus sepanjang 10km dan mempunyai pemandangan yang jelas. 

Namun, Kementerian Pengangkutan Jerman secara terbuka mengutuk perbuatan itu dengan menyatakan pihaknya menolak sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. 

Kementerian tersebut juga menegaskan bahawa walaupun lebuh raya itu tidak mengenakan sebarang had kelajuan, ia tidak bermakna pemandu boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. Jadi, pemandu hanya boleh memandu laju secara selamat. 

Tindakan kurang bijak itu juga menimbulkan perdebatan sama ada pihak berkuasa perlu mengenakan had kelajuan di lebuh raya berkenaan. Sebelum ini timbul ura-ura had kelajuan yang dibenarkan di Autobahn setakat 130km/j sahaja. 

Google ads
Back to top button