Buletin

BUGATTI CARBONE LIMITED EDITION. JAM TANGAN PINTAR GENTIAN KARBON, TERHAD 2,500 UNIT, RM12K!

Bugatti sekali lagi bekerjasama dengan VIITA untuk mengeluarkan jam tangan pintar pertama di dunia yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Sedia maklum bahawa material ringan itu digunakan secara meluas oleh Bugatti pada kereta keluarannya.

Penggunaan gentian karbon membolehkan berat jam tangan pintar tersebut dikurangkan sehingga 13 peratus berbanding jam tangan pintar Bugatti Ceramique Edition One. Bugatti Carbone Edisi Terhad itu memiliki bateri 22 peratus lebih besar, 540 mAh.

Bateri tersebut boleh bertahan sehingga 15 hari untuk penggunaan biasa tanpa perkhidmatan GPS. Manakala bateri boleh bertahan dua hingga tiga hari dalam mod sentiasa dihidupkan.

Jam tangan itu dilengkapi 1,000 komponen. Ia membolehkan pengesan GPS mencapai tahap ketepatan yang tinggi, menjejak data pecutan, masa pusingan dan banyak lagi apabila si pemakainya berada di litar lumba.

Bugatti Carbone Edisi Terhad juga menyediakan data laporan kesihatan dan memberikan maklum balas tentang pemulihan kardio serta tahap tekanan.

Sudah tentu dengan jam edisi terhad, daya ketahanannya antara perkara yang menjadi keutamaan. Pastinya Bugatti Carbone Edisi Terhad kalis air sehingga kedalaman 100 meter dan boleh dipakai semasa berenang.

Bugatti Carbone Edisi Terhad hadir dengan paparan AMOLED 390×390 px dan kaca nilam untuk skrin sentuh dan 16.7 juta warna. Ia datang dengan tali silikon/nilon kelabu atau tali silikon hitam.

Bugatti Carbone hanya dikeluarkan sebanyak 2,500 unit dan ditawarkan pada harga AS$2,548 (RM12,045).

Google ads
Back to top button